Rabu, 16 Mac 2011

Rahsia Penyembuhan Buah Tin!


Buah Tin yang disebut di dalam al Quran mempunyai 1001 rahsia kesembuhan..

Assalamualaikum semua...

Semalam di rumah Abang Kasim, saya dan Adib sempat mengadakan sedikit perbincangan berkenaan tafsir surah at Tin menggunakan kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulamak di bumi Syam as Syarif.

Topik yang kami bincangkan sepintas lalu adalah mengenai rawatan penyakit dengan menggunakan buah tin.

Di dalam kitab tersebut, penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan... Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:

  1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
  2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
  3. Memecahkan batu karang di dalam badan.
  4. Menyegarkan badan yang lesu.
  5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
  6. Rawatan buasir.
  7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dll.
  8. Rawatan penyakit GOUT
Selamat makan buah tin! Insya Allah sembuh!

Rawatan menggunakan minyak zaitun (ruqyah)

buah zaitun; buah barakah; tersebut di dalam al Quran & hadis!!!
Pohon zaitun; tanaman yang tertua di dunia!!!
Al Quran:
1) Firman Allah Taala:
“Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah at Tin ayat 1)
2) Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah An-Nur:35:
...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...

Al Hadith:
1) Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Minyak zaitun untuk tujuan perubatan:

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kehebatan sebagai penawar penyakit!!! Minyak ini dikenali di pasaran sebagai 'Virgin Olive Oil'. Minyak zaitun dara atau ekstrak pertama.. Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif. Ini kerana buah zaitun di dalam Surah at Tin menurut tafsiran Imam Hasan al Basri RA: Tin: Sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun . Zaitun: Sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis...Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam...

Antara kegunaan minyak zaitun (kebanyakannya adalah anjuran Sheikh Nazim al Haqqani):

1) Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah:
Disapu di wajah sebelum tidur:
2) Untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur.
Sapu pada jerawat dan parut.
3)
Untuk pesakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit: Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi yang sengal) sebelum tidur:
4) Leukimia: Dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.

5) Kanser: Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa di sapu pada anggota terkena kanser contohnya; kanser otak: kepala, kanser payudara: payudara dsb...

6) Gastrik: Dibaca ayat syifa' dan diminum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.

7) Masalah penghadaman, usus,sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut): Sama seperti di atas.

8) Gangguan jin, sihir, saka, santau: Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud / anggota wuduk / tempat sakit / sendi-sendi utama.

9)
Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.

10) Anti semua kanser,sakit jantung dan 1001 penyakit: Digunakan sebagai minyak masakan utama / masukkan satu atau dua sudu sebagai tambahan ke minyak masak biasa anda...(pernah tengok channel masak afc astro: semua minyak zaitun!!!!)

11) Urut: Minyak urut utama. Elok dicampur dengan ma' warad atau air mawar!!!

12) Melebatkan rambut: Dijadikan minyak rambut utama: Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak rambut utama nabi saw!!!! Antara sifat nabi adalah rambutnya sentisa berminyak (dengan minyak zaitun)!!!

13) Tenaga batin yang power dan membantu melicinkan proses persetubuhan.... Disapu pada anggota kelamin untuk menjaga kesihatan batin dan dicampur di dalam masakan. Disapu pada anggota kelamin lelaki dan wanita untuk proses kelamin yang menakjubkan.....

..... dan 10 001 lagi khasiat...... apalagi kalau dibacakan ruqyah syariyyah....

Bahan-bahan yang biasa dibuat berjampi









Antara bahan-bahan yang boleh dan biasanya dibuat penawar dengan cara dijampi (diruqyah) adalah:
  1. Air mutlak Detailnya dalam post yang akan datang. Insya Allah!!!
  2. Minyak zaitun
  3. Kurma dan kismis
  4. Madu
  5. Minyak wangi
  6. Makanan dan minuman sunnah: Spt: Za'faran, habbatus sauda', badam dsb
  7. Bahan utk rawatan sihir: Limau, garam, air kelapa dsb
  8. Air susu kambing....
..... dan sebagainya.....

Senarai 6 Ayat Syifa' di dalam al Quran!


Diriwayatkan bahawa Abu al Qasim al Qusyairi (Risalah Qusyairiah) pernah menghadapi kesusahan disebabkan anaknya sakit tenat sehingga dia menjadi hampir-hampir berputus asa untuk mengubatinya. Keadaan ini sangat mencemaskan sehingga pada suatu malam beliau bermimpi bertemu mengadap Rasulullah saw lalu mengadukan penderitaanya kepad a baginda. Mendengar pengaduan tersebut, Rasulullah saw pun bertanya dengan penuh kasih sayang:
“Tidakkah dikau menggunakan ayat-ayat Syifa’ iaitu penyembuh?”
Imam al Qusyairi pun tersedar dengan serta merta. Beliau mencari ayat-ayat itu sehingga beliau memperoleh ayat-ayat tersebut pada enam tempat di dalam al Quran iaitu:-
14. Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka Dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan menyembuhkan (memuaskan) hati orang-orang Yang beriman
At Taubah:[ 14]
57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.
Yunus: [57]
69. Kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.
An Nahl: [69]
82. Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Al Isra’: [82]
80. "Dan apabila Aku sakit, maka Dia lah Yang menyembuhkan penyakitku;
As Syuara’: [80]
44. Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) Dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa Yang Kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul Yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orang Yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit Yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita Yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya Yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yang diseru dari tempat Yang jauh (Masakan mereka dapat mendengar Dengan betul atau melihat Dengan nyata)".
Fussilat:[ 44]
Maka Imam al Qusyairi berkata:
"Saya pun menuliskan ayat-ayat tersebut di atas satu lembaran kertas kemudian saya membasuhnya dengan air lalu saya memberi minum kepada anak saya.
Lantas dengan izin Allah Jalla Jalaluh sembuhlah penyakit anak saya dengan serta merta!"

31 December 2010

Cinta Tuhan... Maulana Sh Nazim QS


Habib Ai al Jufri diberi ijazah zikir oleh Maulana Sh Nazim QS
CINTA TUHAN adalah kuasa keimanan kita, dan jiwa kepada iman kita. Jika tidak memiliki apa2 cinta pada Allah, maka kamu tidak akn mendapat iman. Ia sangat MUSTAHIL - Maulana Sheikh Nazim QS
"ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ...ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲ ﷲﷲ ﷲ ﷲ ﷲ

http://www.alhaqqani.com/

bicara sufi

"...ku pandang cahaya sehingga menjadi cahaya..."

''Aku melihat Tuhanku dengan mata dari mata hatiku
Aku berkata, “ Tidak ada keraguan, hanya Engkau yang ada, hanya Engkau, hanya Engkau!!! “
Engkaulah satu-satunya yang memasuki setiap rasa di manapun di dalam diri ini, kerana dimanapun rasa yang kucari di dalamnya ada Diri Mu.
Tidak ada cara untuk mengetahui Diri Mu, di manapun kami mencarinya, sebab di setiap tempat yang kami temui hanya Diri Mu
Tak akan sanggup aku berkhayal tentang Diri Mu, kerana kami tidak mengetahui tentang Mu
Tiada satu pengetahuanpun yang dapat mengetahui tentang Diri Mu kecuali pengetahuan yang datang dari Diri Mu untuk mengetahuinya
Dalam kehilangan diriku, aku melihat Diri Mu dan hanya menemukan Mu, dan semakin ku mencari diriku dalam Diri Mu yang kutemukan hanya Diri Mu''

15 March 2011

GEMPAR Harian Metro Hari Ini: BENARKAH PERKARA INI!!!???

Baca Yasin mengundur


BIMBANG...Siti mendedahkan ajaran bomoh yang digelar Tok Belagak.
BIMBANG...Siti mendedahkan ajaran bomoh yang digelar Tok Belagak.
SHAH ALAM: Mampu mengimbas siapa yang bakal masuk syurga atau ke neraka, mampu menghantar roh orang sudah mati ke Makkah untuk beribadat hingga kiamat dan memulihkan mangsa santau dengan bacaan Yassin secara mengundur - itu antara kebolehan luar biasa Tok Belagak.
Namun, semua itu dakyah songsang satu kumpulan dipercayai ajaran sesat yang kini bergiat aktif di pinggir bandar raya ini untuk mencari pengikut. Ia diketuai seorang bomoh lelaki berusia 50-an yang digelar Tok Belagak.
Mendedahkan perbuatan bertentangan akidah itu, seorang ibu tunggal yang mendakwa dua anak lelakinya berusia 30-an terpengaruh ajaran terbabit berkata, dia amat bimbang akidah anaknya akan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Wanita berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, pada mulanya kedua-dua anak lelakinya itu menemui lelaki terbabit untuk mendapatkan penawar penyakit dialaminya yang tidak sembuh sejak sekian lama.


“Pada mulanya anak-anak saya ingin mencarikan penawar untuk sakit saya dan tidak kebah sejak dulu. Namun, selepas diberikan air kononnya boleh menyembuhkan penyakit saya, anak tertarik untuk mengikuti ajaran kumpulan digelar Darul Saka itu.

“Mereka tertarik menyertai kumpulan itu selepas melihat penampilan ahli dan ketua ajaran terbabit. Dari luar mereka kelihatan alim dan warak serta selalu membaca kitab dan berzikir. Sebab itu saya tidak membantah pelawaan anak untuk menyertai kumpulan mereka pada mulanya sejak dua tahun lalu.

“Tok Belagak pula tak kedekut menurunkan ilmu kepada anak saya untuk mengubati mereka yang terkena saka dan mereka seperti teruja kerana mempunyai ilmu itu,” katanya.

Namun, Siti pelik apabila anaknya membaca surah Yasin secara mengundur ketika mengubati orang yang mengalami sakit buatan orang atau dirasuk.

“Lebih menghairankan apabila Tok Belagak mendakwa boleh tahu berapa banyak amalan arwah suami saya ketika hidup. Arwah meninggal dunia lima tahun lalu dan Tok Belagak mendakwa mampu menghantar roh suami saya ke Makkah untuk beribadat sehingga kiamat untuk menampung dosa ketika masih hidup.

“Saya rasa itu dah cukup melampau kerana saya sentiasa mendoakan untuk arwah suami. Tok Belagak mendakwa dia tahu sejauh mana amalan arwah. Bagi saya itu semua kerja Allah dan dia tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu,” katanya.

Siti berkata, dia mula mencurigai amalan kumpulan diketuai bomoh terbabit sejak Ramadan tahun lalu, apabila melihat anaknya yang rajin ke masjid atau surau berhampiran rumah untuk menunaikan solat sunat tarawih tidak lagi berbuat demikian, malah tidak sekali pun melakukan ibadah itu.

“Bagai nak gugur jantung apabila mereka menyatakan tak perlu menunaikan solat tarawih di masjid atau surau kerana mereka bersolat dengan Rasullulah s.a.w di langit. Saya mempersoalkan kenyataan mereka, tetapi sedih betul anak-anak yang saya sayangi memarahi dan meminta saya tidak masuk campur urusan ibadah mereka,” katanya.

Menurutnya, dia kini buntu memikirkan cara untuk memulihkan akidah kedua-dua anak itu, namun pada pada sama tidak berani mendedahkan kegiatan songsang bomoh terbabit kerana bimbang keselamatan diri.

Katanya, sebelum ini dia pernah mengikuti anaknya ke tempat bomoh itu beroperasi untuk ikhtiar mengubati penyakitnya, tetapi selepas menghidu ajaran songsang bomoh terbabit, dia tidak lagi mengikut anaknya ke sana.

“Tok Belagak yang mempunyai isteri dan lima anak turut mendakwa menjalankan aktiviti membuang saka dari jarak jauh. Malah, dia mendakwa mempunyai kawasan jajahan di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Saya difahamkan di kawasan Lembah Klang saja, lebih 300 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sudah terpengaruh dengan mengikuti dan menyebarkan ajaran Tok Belagak menerusi blognya di Internet,” katanya.

LIHAT DI METRO