Selasa, 16 Ogos 2011

GANGGUAN JIN DALAM PERBUALAN TALIFON..

Video dibawah memaparkan perbualan seorang Syekh dengan seorang wanita didalam satu rancangan Agama,sedang wanita itu berbual bersama Syekh tersebut,tiba-tiba wanita tersebut dirasuki jin dan bercakap dengan nada suara yang pelik,oleh itu syekh tersebut cuba membaca ayat-ayat Al-Quran dan Doa – doa untuk merawati wanita tersebut hanya didalam perbualan talifon.

Video Klip: Gangguan Jin Dalam Perbualan Talifon Di Rancangan TV (Live)
Tajuk Pembincangan: The World Of The Unseen (Jin)
Panel Jemputan: Syekh Abu Mohammad
Pengerusi: Abu Bakar Islam
Negara: Algeria

TANDA-TANDA GANGGUAN JIN

Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur:

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.

2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.

3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.

4. Mimpi yang sangat menyeramkan.

5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.

6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.

7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.

8. Berperasaan sedih pada saat tidur.

9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.

10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.

11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.

12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.

13. Bermimpi melihat hantu.

Tanda-Tanda Pada Waktu Sedar:

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.

2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.

3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.

4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

Stuasi Gangguan Jin:

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.

2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.

3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.

4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

Diantara Penyebab Gangguan Jin:

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.

2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.

3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

Sebab-Sebab Masuknya Jin Kedalam Diri Manusia:

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama’ yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya.

Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

Cara Jin Masuk Kedalam Tubuh Manusia:

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,”Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

Perlindungan Terhadap Gangguan Jin:

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.

2. Mengucapkan “Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika; Hendak melompat dari tempat yang tinggi,terjumpa sesuatu di atas tanah,memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap,sunyi dan kosong.

3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.

4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.

5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.

6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.

7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.

8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.

9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.

10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Wallahu’alam….

Isnin, 23 Mei 2011

RAWATAN UNTUK PENYAKIT AIN!!!

Penyakit AIN benar2 terjadi!


Apa Itu Penyakit ‘Ain?

Kadang orang tua merasa panik dan merasa aneh ketika tiba-tiba permata hatinya menangis terus sepanjang hari tanpa ada sebab yang pasti, sakit….tidak juga, digigit serangga pun tidak. Lalu…?

Penyakit yang diderita anak-anak tidak semuanya bisa dideteksi dengan ilmu kedokteran. Ada juga sebab syar’i yaitu penyakit ‘ain. Sebagaimana pernah terjadi di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau pernah melihat anak perempuan di rumah Ummu Salamah istri beliau. Di wajah anak itu ada warna kehitaman. Beliau kemudian berkata kepada Ummu Salamah,

“Ruqyahlah dia, karena dia terkena ‘ain.” (H.R Bukhari dan Muslim)

Di hadits yang lain juga diceritakan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menyuruh anak-anak pamannya untuk diruqyah karena badannya kurus-kurus seperti anak yang kekurangan.

Penyakit ‘ain atau pandangan mata adalah pandangan seseorang terhadap sesuatu yang dianggap menakjubkan disertai dengan rasa dengki, sehingga mengakibatkan bahaya terhadap yang dipandangnya. ‘Ain juga dapat terjadi dari pandangan yang penuh kekaguman tanpa disertai rasa dengki, bahkan bisa terjadi dari orang yang shalih. Sebagaiman pernah terjadi pada sahabat Nabi, Sahl bin Hunaif yang terkena ‘ain dari sahabat yang lain, yaitu Amir bin Rabiah.

Penyakit ‘ain itu benar-benar ada dan bukan khurafat yang dihubung-hubungkan dengan pujian. Sebagaiman anggapan sebagian besar masyarakat Indonesia bahwa pujian kepada seorang anak akan menyebabkab sakit. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“’Ain itu benar adanya. Seandainay ada sesuatu yang bisa mendahului takdir, tentu akan didahului oleh ‘ain.” (Riwayat Muslim)

Jadi bukan pujian yang menyebabkan dampak buruk bagi anak yang dipujinya, melainkan bermula dari pandangan mata sang pemujinya, baik pujian itu karena ada rasa iri atau karena benar-benar ada kekaguman.



Tindakan Preventif Terhadap Penyakit ‘Ain

Para orang tua hendaknya berusaha melindungi buah hatinya agar terhindar dari penyakit ‘ain, dengan cara:

*. Melindungi diri dan anaknya dengan membaca ruqyah-ruqyah yang diajarkan dalam Islam dan membaca doa,

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari setiap setan, binatang berbisa, dan dari setiap mata yang jahat.” (Riwayat Bukhari)

* Juga membaca doa yang digunakan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk melindungi Hasan dan Husain,

“Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala setan, binatang yang berbisa, dan pandangan mata yang jahat.” (Riwayat Bukhari)

* Siapapun orangnya jika melihat sesuatu yang baik ada pada dirinya, anaknya, hartanya atau yang lainnya yang menakjubkan dirinya, hendaklah membaca doa,

“ Masya Allah (atas kehendak Allah), tidak ada kekuatan melainkan hanya dengan (pertolongan) Allah. Ya Allah, berikan berkah padanya.”

*. Sebaiknya orang tua tidak mengungkapkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki anaknya, karena hal itu dikhawatirkan akan menimbulkan iri pada orang lain.




Apabila Terkena ‘Ain

Saat anak kita mengalami sakit dan ternyata sakitnya karena ‘ain, maka:

Jika pelakunya diketahui, maka orang tersebut diperintahkan untuk berwudhu. Bekas wudhu orang tersebut digunakan untuk memandikan anak yang terkena ‘ain.

Tapi jika tidak diketahui perbanyak membaca surat Al-Ikhlas, muawwidzatain (An-Nas dan Al-Falaq), Al-Fatihah, ayat Kursi, 2 ayat terakhir surat Al-Baqarah, dan mendoakan dengan doa-doa yang disyariatkan. Membaca pada air disertai tiupan, kemudian diminumkan pada anak yang sakit dan sisanya disiramkan ke tubuhya, atau dibacakan pada minyak dan minyaknya dioleskan ke tubuhnya. Lebih baik lagi jika bacaan itu dibacakan pada air zam-zam.

Orang tua mana yang tidak ingin anaknya dapat tumbuh dengan sehat dan selamat. Oleh karenanya perlu bagi orang tua untuk senantiasa memperhatikan kondisi jasmani maupun psikolagi anaknya, baik ditinjau dari sisi kedokteran secara umum atau secara syar’i. Wallahu a’lam…

Sabtu, 14 Mei 2011

Qarin ada pada semua maknusia.......

Qarin Akan Bersama-sama Mengiringi Kelahiran Seorang Bayi
by Abu Basyer on Friday, May 13, 2011 at 9:01am

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



Sahabat yang dirahmati Allah,

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan qarin dari kalangan jin, mereka berkata : 'Walaupun kamu Ya Rasulullah?', Baginda menjawab : 'Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan aku selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" (Hadis Riwayat Muslim)



Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia. Qarin di sini adalah makhluk halus (dikalangan jin) yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Qarin suka menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan qarin Nabi S.A.W. yang telah ditundukkan oleh baginda dan telah memeluk Islam.



Firman Allah S.W.T. maksudnya : ( Syaitan) yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: 'Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong'. (Allah berfirman) : 'Janganlah kamu bertengkar dihadapan-Ku, dan sungguh, dahulu Aku telah memberikan ancaman kepadamu.'. Keputusan-Ku tidak dapat diubah dan Aku tidak menzalimi hamba-hamba-Ku."

(Surah Qaf ayat 27-29)



Menurut Ibn Kathir rh, ayat "(qarin) syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata : "Ibn Abbas r.a, Mujahid, Qutaadah dan lain-lain mengatakan bahawa ia merujuk kepada 'syaitan' yang ditugaskan berdamping dengannya".



Disifatkan bahawa qarin ini pada hari kiamat tidak mengaku telah menyesatkan manusia, lalu mengatakan bahawa manusialah yang menyesatkan diri mereka sendiri. Seterusnya Ibn Kathir rh. memetik firman Allah S.W.T. menyatakan tugasan syaitan setelah berjaya menyesatkan manusia :-



Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya." (Surah Ibrahim ayat 22)



Ibn Kathir rh menerangkan bahawa apabila dihadapan Allah kelak, kedua-dua manusia dan qarin saling menuduh diantara satu sama lain. Seterusnya Allah S.W.T. mengatakan bahawa semuanya sudah di hakimi, dan Allah hanya akan mengazab dosa yang ditanggung oleh masing2 dan bukan dosa orang lain. (Mukhtasar Tafsir al-Quran al-Azhim - Umdah al-Tafsir 'an al-hafiz Ibn Kathir 3/371, Dar el-Wafa' 2003. syiekh Ahmad Muhammad Syakir).



Satu persoalan yang timbul, adakah qarin Nabi S.A.W. juga seperti qarin manusia yang lain? Tentu sekali tidak. Nabi S.A.W telah megIslamkan qarinnya.



Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjeru­muskan manusia dan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.



Qarin juga yang sentiasa menimbulkan was-was semasa kita mengerjakan solat hingga lupa berapa rekaat. Qarin yang sudah sedia ada bersama manusia akan bekerjasama dengan syaitan dan jin kafir lain yang datang kepada manusia untuk membisikan dan menggoda manusia dengan apa cara sekali pun.



Jika seseorang meninggal dunia (biasanya seseorang yang menuntut ilmu sihir) kadangkala ternampak banyangan simati balik kerumah, sebenarnya yang balik bukan ruh si mati tetapi qarin si mati yang berupa seperti wajah simati.



Dalam surah al-An'am: 112 Allah S.W.T berfirman maksudnya: "Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu."



Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermak­sud:

"Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan den­gan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan aku pun. Akan tetapi Allah menolong aku daripada gangguannya, maka tidak­lah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan."





Tersebut dalam Al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya men­catat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan dan ada yang membawa wahyu kepada rasul-­rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta‑duta. Ada pula yang bertugas memelihara al -Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga ner­aka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muji Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan.



Tersebut juga dalam Al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah S.A.W., ketika beliau mula-mula menerima wahyu.



Tersebut juga dalam Al-Quran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril . Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati)) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam Peperangan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam, sampai 3,000 malaikat jumlahnya.



Dijelaskan juga dalam hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik seman­gat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukan­lah badan kasar, melainkan roh manusia jua.



Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau was-was, melainkan pen­garuh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan.



Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nisai demikian maksudnya : "Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gang­guan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran dan sen­tuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka sesiapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu daripada Allah dan terima kasihlah ia kepada-Nya."



Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hen­daklah berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Banyakkan berzikir dan beristighfar supaya terhindar daripada gangguan syaitan.



Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah jin kafir yang senti­asa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, man­akala qarin (jin kafir atau syaitan) tadi adalah penung­gangnya. Demikianlah perbandingan yang diberi oleh Rasulullah S.A.W.



Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penung­gang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat.



Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. banyak di antara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah S.W.T. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.



Sahabat yang dimuliakan,

Iblis menggoda dan menipu manusia. Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi. Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanah air yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung. Pada hal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan mereka.



Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagai-bagai cara. la duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan Islam. Lalu ia berkata: "Apakah kamu masuk Islam dan meninggalkan agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu menen­tangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan jalan hijrah." Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang dan hijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan jalan jihad dan berkata: Apakah kamu akan berjihad sedangkan jihad itu menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagi-bahagikan. Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus berjihad.



Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi antara manusia dan qarinnya atau dengan syaitan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan diarahkan menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Inilah jawapan Allah S.W.T ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia seperti yang tersebut dalam surah al Hijr: 42 yang bermak­sud : "Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orang-orang yang sesat."



Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah S.A.W ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa a.s. dan ibun­ya Maryam berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 36 yang bermaksud : "Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam."



Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menung­gu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gang­guan iblis dan syaitan."



Daripada Abu Rafi r.a (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah S.A.W) ia berkata yang maksudnya : "Aku lihat Rasulullah S.A.W membaca azan solat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah r.ha. melahirkannya."



Sahabat yang dikasihi,

Marilah kita berhati-hati dalam kehidupan kita setiap hari kerana musuh sebenar kita berada di dalam diri kita sendiri, yang sentiasa menjalankan godaan dan hasutan siang dan malam tanpa berhenti-henti. Hikmah Allah S.W.T . menghantar satu qarin mengiringi kelahir seorang bayi adalah untuk menguji manusia supaya tetap istiqamah dengan jalan iman dan Islam dan tidak mudah terpedaya dengan hasutan qarin, iblis atau syaitan.

Isnin, 18 April 2011

edisi 360...

SAKSIKANLAH KAMI PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH KLANG DI TV3 DALAM EDISI 360 PADA HARI RABU INI JAM 9.00MLM

KESAN-KESAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS PADA ANAK ADAM...

Apakah jenis-jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh Makhluk Halus?

by Nurul Nadiah on Monday, April 18, 2011 at 2:20am
Soalan

Saya pernah membaca dalam beberapa penulisan termasuk penjelasan yang ustaz telah berikan dalam Harakah yang lepas bahawa makhluk halus (jin, syaitan dsbnya). Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis-jenis penyakit boleh dilakukan oleh makhluk ini kepada manusia?


Jawapan
Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan berbagai penyakit ke atas anak Adam.
Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), "Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba' tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan."
Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah 'attkhabbut' yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.
Surah al-A'raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan 'almass' yang diantara maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan 'mass', sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih."
Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan 'istihwaaz', maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.
Surah al-A'raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia 'annazghu' atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.
Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan 'annasad' dalam ayat ini yang mafhumnya, "Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, 'sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan 'nusghin wa azab'." Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.
Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.
Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).
Suatu peristiwa lain, Yaa'li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit 'lammam' (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.
Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.

Selasa, 12 April 2011

RAHSIA WUDUK PADA KESIHATAN PART 2

Rahsia Wuduk Kepada Kesihatan ( part 2 )

Kelebihan wuduk mengikut Sunnah

Daripada Abu Malik al-Haris ibn Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Kebersihan itu sebahagian daripada iman."

Jika seseorang Muslim itu menghayati faedah berwuduk nescaya ia akan berwuduk setiap masa. Malah denga wuduk yang baik dapat menghapuskan dosa.

Dari Umar r.a. berkata : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya." (Hadis Imam Muslim)

Dari Abi Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila seseorang Muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya." (Hadis Imam Ahmad)

Dengan wuduk seseorang dapat memasuki syurga dari pintu-pintu yang disukainya sebagaimana sabda Nabi s.a.w. :

"Tiada seorang pun dari kalian yang berwuduk, lalu ia menyampaikan atau meratakan wuduknya, kemudian dia mengucapkan : Asyhadu alla Ilaha illallah wa anna Muhammadan 'Abduhu wa Rasuluhu, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu manapun yang dia kehendaki." (Hadis riwayat Muslim)

Menurut Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seorang hamba Muslim atau mukmin berwuduk lalu membasuh mukanya keluarlah semua dosa yang dilihat dengan matanya bersama air atau bersama titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua belah tangannya keluarlah dosa yang dilakukan menggunakan kedua-dua tangannya bersama air atau titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua kakinya, keluarlah dosa berjalan yang digunakan kedua-dua belah kakinya bersama air atau titisan air terakhir sehingga dia benar-benar bersih dari segala dosa." (Hadis riwayat Muslim)

Banyak hadis yang menganjurkan supaya kita berada dalam keadaan berwuduk, walaupun kita bukan dalam keadaan mendirikan solat.

Berdasarkan sunnah ini, generasi sahabat sehingga generasi orang soleh, sentiasa menjaga wuduk mereka dalam segala hal, sama ada semasa mereka dalam perjalanan, membaca al-Quran, menuntut ilmu, bekerja , ketika hendak tidur dan juga termasuk dalam sebelum dan selepas bersetubuh.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Apabila kamu hendak tidur, berwuduklah seperti kamu hendak solat. Sesudah itu berbaringlah ke kanan dan bacalah 'Ya Allah, kuserahkan diriku kepadamu, aku berlindung kepadamu. Tiada ada tempat berlindung dan tempat mencari keselamatan kecuali kepadamu. Ya Alla, aku percaya pada kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang kau utuskan. Sekiranya kamu mati pada malam itu, maka kamu mati dalam Muslim. Jadikanlah doa itu sebagai akhir perbicaraan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)

Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk

1. Apabila air dingin melalui tubuh yang letih, ia mampu melancarkan peredaran darah dan membuatkan tubuh lebih segar.

2. Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

3. Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekali gus meningkatkan tahap kesuburan.

4. Boleh memperbaiki jaringan kulit dan membuatkan kuku lebih sihat dan kuat.

5. Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion-ion negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri.

RAHSIA WUDUK PART 1

Wuduk itu adalah mukadimah kepada solat. Sebelum menunaikan solat, kita harus mengambil wuduk terlebih dahulu. Wuduk adalah satu cara pengabdian kepada Allah dengan membasuh anggota tertentu menurut cara ditetapkan syarak. Menurut ijtimak ulama, solat tanpa wuduk tidak akan diterima manakala penilaian daripada kelebihan berwuduk, ia menghapuskan dosa kecil.


Sewajarnya umat Islam hendaklah berwuduk seperti sifat wuduk yang ditetapkan syarak di samping menyempurnakan anggota wuduk yang wajib dan menjaga perbuatan sunat serta perkara dituntut ketika berwuduk.

Sayidina Abu Bakar atau Sayidina Umar kelihatan pucat mukanya atau menggigil ketika mengambil wuduk lagi, kerana mereka sedar sebentar lagi mereka akan menghadap Allah, Tuhan sekalian alam.

Wuduk mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri. Ia bukan hanya sekadar membersihkan dan menyucikan diri, nilai yang terkandung di dalamnya juga boleh dirasai hingga ke dalam hati. Namun, ramai antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah terfikir, mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Allah berfirman dalam al-Quran yang maksudnya:

"Hai orang-orang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki... ( surah al-Maa'idah : 6)

Sebagai orang yang beragama Islam, bersikap bersih amat perlu dalam kehidupan. Kebersihan daripada kekotoran yang dilakukan oleh seseorang pada diri, pakaian dan tempat tinggal mempunyai nilai yang tinggi sehingga disebut Rasulullah separuh daripada iman. Kebersihan yang dimaksudkan juga termasuk kebersihan hati daripada sifat-sifat seperti takabur, riyak dan hasad yang memerlukan kita bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Apabila seseorang hamba Muslim atau Mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar daripada wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yang haram) bersamaan dengan air atau bersamaan titisan air terakhir bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa-dosa yang dilakukan kedua kakinya bersamaan denagn air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih daripada dosa." (Hadis riwayat Muslim)

Hikmah untuk kesihatan

Wuduk sebenarnya mempunyai rahsianya yang tersendiri terutamanya dari sudut kesihatan. Ada beberapa kajian yang mengukuhkan kenyataan ini. Terdapat satu artikel yang bertajuk Muslims Rituals And Their Effect On The Person's Health yang dikarang oleh Dr. Magomed Magomedov seorang pengamal perubatan.

Beliau mengatakan bahawa berwuduk merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan yang tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji ilmu refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi ini dirangsang ia akan merangsang sistem saraf dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

Berdasarkan ilmu perubatan china, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 "Kawasan Aktif Biologi" dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Dan daripada 66 kawasan ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama orang Islam.

Manakala lima lagi kawasan terletak antara buku lali dan lutut di mana ia kawasan yang disunatkan berwuduk. Di samping kita berwuduk dalam menunaikan ibadah ia juga mengandungi penawar yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit.

Beliau juga menyatakan apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan sistem saraf.

Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok ia merangsang sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus pankreas, hempedu, tiroid dan kawasan pinggang. Manakala apabila kaki kiri dibasuh dan digosok, merangsang sistem saraf yang berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitury dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

Dalam satu buku yang bertajuk Prayers: A Sport For The Soul and Body tulisan Mukhtar Salem melaporkan bahawa berwuduk mampu mencegah seseorang daripada kanser. Hal ini disebabkan kanser adalah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Pembasuhan anggota badan melalui wuduk ini secara tidak langsung membersihkan badan daripada kesan pencemaran ini.

Berhubung dengan perbuatan berkumur semasa berwuduk dengan tujuan membersihkan mulut daripada sisa-sisa makanan yang melekat dicelah-celah gigi ditambah pula dengan galakan nabi supaya bersiwak (menggosok gigi) semasa berwuduk.

Sabda Nabi, "Jika tidak menyusahkan umatku, akan aku suruh mereka bersiwak setiap kali mereka hendak bersolat dan akan aku suruh mereka ketika berwuduk." (Hadis riwayat Ahmad)

Mengikut Malaysia Healthcare Guide (1997) antara cara yang terbaik untuk mencegah kerosakan gigi ialah dengan menggosok gigi setiap kali selepas makan atau pun paling kurang berkumur mulut.

Justeru melaksanakan wuduk adalah relevan dan banyak kelebihan dengan kehidupan manusia pada hari ini. Benarlah Ibnu Qaiyim Al-Jauziyah dalam At-Tib An-Nabawi, "Mandi wajib dan wuduk mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan sebarang kekotoran yang diperoleh antaranya disebabkan jimak."

Jumaat, 1 April 2011

PEMBEDAHAN BATIN… ADAKAH HARAM ATAU DIBENARKAN DI DALAM ISLAM??? -Risalah: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari KKM


KLIK UNTUK BESAR DAN BACA!!!


PERKARA HARAM DALAM AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL

PEMBEDAHAN BATIN… ADAKAH HARAM ATAU DIBENARKAN DI DALAM ISLAM???
-Risalah: Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Amalan Perubatan Tradisional

Seperti yang kita semua maklum, amalan perubatan tradisional telah lama diamalkan sejak zaman berzaman lagi.

Begitu banyak teknik dan kaedah yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional ini terutamanya jampi.

Amalan Jampi Dalam Perubatan

Sabda Nabi Muhammad saw:

Maksudnya: Dari Auf bin Malek berkata: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahliyyah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Baginda bersabda: Perlihatkan kepadaku jampi jampimu itu. Tidak mengapa jampi-jampi itu selagi mana tidak mengandungi hal-hal syirik.

Menurut Dr Yusuf Qardawi di dalam kitab Fatawa al Muasarah, sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan tiga syarat:

1) Ia mestilah disasarkan kepada Allah Taala dan nama2Nya yang mulia.

2) Ia mestilah dituturkan dengan bahasa Arab dan kata (bahasa) syang boleh difahami maksudnya.

3) Beriktikad bahawa ia tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah Taala jua.


PERKARA HARAM DALAM AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL

Jampi yang diharamkan

Merupakan jampi yang mengandungi unsur-unsur syirik,pemujaan jin,syaitan,menggunakan ilmu hitam atau sihir,mengandungi bahasa yang tidak difahami atau yang bercampur aduk seperti jampi yang dimulakan dengan bacaan bismillah , atau alhamdulillah dan disebut dengan nama hantu atau jin kemudian disudahi dengan ucapan ``Berkat kata lailahaillallah Muhammadar rasulullah``atau seumpamanya.

Selain itu, amalan seperti menggunakan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri iaitu ilmu kebal, ilmu pengasih ,ilmu pelemah hati ,ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampur adukkan adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran islam.

Allah telah berfirman dalam surah Yunus: Ayat 106, yang bermaksud:
``Dan janganlah engkau menyembah atau memuja selain dari Allah,yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudharat kepadamu.Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).``



Contoh amalan perubatan tradisonal yang tidak mengikut syariat islam.

1. Pengamal menggunakan pertolongan jin (termasuk jin islam) dalam melakukan perawatan.

2. Pengamal menggunakan ilmu sihir,ilmu hitam,silap mata,tukang nujum dan ramalan tapak tangan.

3. Pengamalkan mengaitkan sesuatu pengeras dengan sesuatu akibat.

4. pengamal melakukan sesuatu perkara yang syirik seperti menyembelih binatang,sembah pantai,buang ancak dan lain-lain.

5. Pengamal menggunakan jampi yang tidak difahami.

6. pengamal menggunakan tangkal dan azimat yang berupa rajah-rajah atau bercampur aduk dengan ayat-ayat al-quran.

7. Pengamal membaca ayat al-quran secara terbalik.

8. Pengamal memberi syarat yang bercanggah pada aqidah,syariah dan akhlak kepada pesakit.Seperti pesakit wanita perlu bersndirian dengan pengamal.

9. Pengamal mengaitkan amalannya berkaitan dengan amalan rasulullah S.A.w dan al-quran tetapi tiada bukti yang kukuh.

10. Pengamal melakukan ilmu sihir atau silap mata dalam melakukan pembedahan tanpa rasa sakit walaupun tidak menggunakan bius. Contohnya pembedahan batin.



AMALAN PEMBEDAHAN BATIN

Kebiasaannya digunakan oleh individu yang menggelarkan dirinya ustaz, atau berpakaian seperti guru agama, menggunakan gelaran tertentu iaitu untuk meyakinkan orang awam bahawa diri mereka dalah istimewa dan memiliki kebolehan untuk merawat dengan kaedah mistik yang kononnya berlandaskan syariat islam.



APA KATA MEREKA

1. Pengamal meyakinkan anda bahawa rawatan pembedahan batin ini berupaya mengantikan rawatan pembedahan moden bagi penyakit kronik seperti masalah jantung,barah otak, barah hati dan lain-lain penyakit serius.

2. Meyakinkan orang ramai bahawa kaedah pembedahan ini tidak menyakitkan walaupun tiada ubat pelali digunakan.

3. Tempoh masa sembuh adalah singkat.



FAKTA DISEBALIK KATA-KATA MEREKA:

1. Tiada bukti kukh daripada al-quran dan hadis bahawa amalan pembedahan batin ini mengikut syariat islam.

2. Amalan ini HARAM dilakukan kerana pengamal mungkin menggunakab ilmu hitam,silap mata,perantaraan jin atau syaitan atau sihir semasa melaksanakan pembedahan.

3. Pengguna juga ditipu dengan janji manis keberkesanan rawatan ini disamping bayaran pembedahan yang tidak munasabah.

RENUNGAN BERSAMA

Memang satu kewajipan untuk kita terus berusaha mencari penawar bagi setiap penyakit yang dihadapi. Seperti yang terkandung dalam hadis yang biasa kita dengar yang bermaksud:

“ Tiada penyakit yang Allah turunkan itu melainkan ada ubatnya….”

Tetapi berwaspadalah kita, dengan setiap cara untuk kita berubat dan berikhtiar, perkara HARAM tetap menjadi HARAM dan alasan tidak akan menghalalkan cara.

JIKA ANDA MENDAPATI AMALAN PERUBATAN PENGAMAL BERAGAMA ISLAM INI MENGANDUNGI UNSUR2 PEMUJAAN DAN PERKARA MERAGUKAN, SILA LAPORKAN KEPADA JABATAN AGAMA ISLAM BERDEKATAN ANDA SEGERA!!!

Ahad, 27 Mac 2011

AL-QURAN

Saya ingin memetik satu tulisan baru oleh Dr.Abduldaem Kaheel mengenai kesan yang amat menakjubkan hasil kajian beliau mengenai pembacaan AlQuran terhadap pesakit

Dr. Abduldaem menulis:-

Pembaca yang budiman! Saya dapat mengatakan dengan yakin menurut pengalaman saya suatu perubahan dalam hidup Anda. Anda bisa mendapatkan hasil yang besar yang tidak terduga dapat mengubah hidup Anda benar-benar seperti yang terjadi pada diri saya sebelumnya. Apa yang harus Anda lakukan adalah mendengarkan pembacaan Alquran sebanyak yang Anda dapat setiap saat: di pagi hari, petang hari, di malam hari, ketika Anda sedang tidur, ketika Anda bangun dan sebelum tidur. Yang Anda perlukan untuk mendengarkan Alquran adalah memiliki media seperti Laptop, tape recorder, sebuah iPod atau mp3 dengan headphone, TV, radio atau peralatan audio yang lain.



Bunyi bacaan Alquran memiliki gelombang suara yang memiliki frekuensi tertentu dan panjang gelombang tertentu. Gelombang ini menyebarkan medan gelombang yang mempengaruhi otak secara positif dan mengembalikan keseimbangannya. Ini memberikan kesan kekebalan tubuh yang kuat untuk melawan penyakit atau bahkan penyakit seperti kanser sekalipun. Kanser adalah suatu kelainan pada sel, sehingga memperdengarkan Alquran bererti memprogram sel seperti komputer yang penuh virus yang “diformat ulang” dan di-install dengan program-program baru agar dapat bekerja efektif. Inilah program buatan yang manusia lakukan untuk komputer. Bagaimana dengan program yang dilaksanakan dalam kata-kata Allah, pencipta semua manusia?



Efek/Kesan yang menakjubkan yang dihasilkan dari mendengarkan bacaan Quran

Terus-menerus mendengarkan bacaan Alquran memberi Anda hasil yang nyata berikut:

– meningkatkan kekebalan tubuh

– meningkatkan kreativiti

– meningkatkan kemampuan konsentrasi

– menyembuhkan penyakit kronik

– mengubah perilaku dan memungkinkan orang untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan mendapatkan kepercayaan

– menciptakan kedamaian dan menyembuhkan ketegangan saraf

– menyembuhkan kegelisahan, dan iritasi

– meningkatkan kemampuan mengambil keputusan yang tepat

– mengurangi rasa takut dan ragu-ragu

– meningkatkan dan memperkuat kepribadian

– menyembuhkan penyakit normal seperti alergi, sakit kepala, flu, dll

– meningkatkan kemampuan pidato

– melindungi dari penyakit seperti kanser dan sebagainya

– Mengubah beberapa kebiasaan buruk seperti makan berlebihan dan merokok.


Pembaca yang budiman! Hal-hal yang saya sebutkan di atas adalah hasil eksperimen yang saya sendiri lakukan terhadap diri saya beberapa ketika dahulu (Pengalaman Dr. Abduldaem) : Seingat saya, saya adalah seorang perokok tegar dan tidak pernah membayangkan untuk berhenti merokok, tapi setelah terus-menerus mendengarkan Alquran ternyata saya berhenti merokok tanpa usaha. Saya benar-benar terkejut “bagaimana hidupku berubah dan mengapa? Tapi setelah saya membaca tentang teknik nubuwah dalam penyembuhan, salah satunya adalah terapi oleh suara dan frekuensi suara, saya tahu rahsia kekuatan AlQuran melalui ruqyah ini membawa perubahan besar dalam hidup saya. Apa yang saya lakukan adalah hanya sekadar mendengarkan Alquran terus menerus.

Kesimpulannya, saya suka untuk menceritakan fakta yang saya temui dan benar-benar mencuba: apapun Anda menghabiskan waktu Anda dalam membaca atau mendengarkan Alquran, Anda akan menemukan bahwa kali ini tidak akan sia-sia sekalipun. Jika anda sakit atau mengahadapi apa jua bebenan kehidupan, perdengarkanlah AlQuran dan hayati iam InsyaAllah AlQuran itu syifa' dan rahmah untuk anda!



Petikan : Dr. Abduldaem Al-Kaheel

Rabu, 23 Mac 2011

> 10 KESALAHAN LAZIM dlm Perubatan Komplementari, - Risalah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari



Klik untuk BESAR dan BACA!



Berikut Disenaraikan 10 Kesalahan Yang Biasa Dilakukan dan Anda Perlu Mengetahuinya:


Kesalahan 1
Tidak memilki permit kerja yang sah


Kesalahan 2
Menggunakan logo kerajaan dan bahagian perubatan Tradisional dan Komplementari


Kesalahan 3
Mengedarkan produk (dalam bentuk ubat) yang tidak berdaftar dengan KKM


Kesalahan 4:
Pusat Refleksologi dan pusat SPA menyediakan perkhidmatan yang tidak bermoral dan MENJIJIKKAN


Kesalahan 5:
Tidak berdaftar dengan badan pengamal.


Kesalahan 6:
Mendapat sijil kelayakan PALSU! - Dr / Professor / Sir - hanya bayar anda dapat


Kesalahan 7:
Menggunakan gelaran Dr. (Dokror) pada nama. Menggunakan gelaran ini adalah salah di sisi undang undang


Kesalahan 8:
MENJALANKAN BEDAH BATIN! - Hukumnya adalah haram, syirik dan merupakan sihir.


Kesalahan 9:
Pengamal memberi jaminan sembuh selepas mendapatkan rawatan di tempatnya.


Kesalahan 10:
Mengiklankan penyakit kronik dan serius. (Clain boleh menyembuhkan penyakit serius)

Selasa, 22 Mac 2011

← “Ya Tuhanku…hambamu menyerah!” 12hb October 2010
Hiduplah Seperti Bunga di Taman: 15hb Oktober →
Kembalilah Kepada-Nya Sebagai Seorang Hamba, dan Ia Akan Memuliakanmu Bagaikan Seorang Raja: 14hb Oktober 2010
Posted on 14 Oktober, 2010 by The SufiHub Team

This post is also available in: English

Ringkasan suhbah Harian Maulana Syaikh Nazim

14 Oktober 2010

Kembalilah Kepada-Nya Sebagai Seorang Hamba, dan Ia Akan Memuliakanmu Bagaikan Seorang Raja

A’uzubillah himinasyaitan nirrajeem
Bismillahir Rahman-nir Rahiim
Assalamu’alaikum wrwb.

* Maulana mengawali Suhbah dengan membaca Bismillahir Rahman-nir Rahiim, dan menganjurkan kita untuk selalu membacanya dengan penuh harap (agar diselamatkan dari api neraka) dan dengan ketenangan hati karena keyakinan kita bahwa dengan membaca kalimat tersebut akan mampu menyelamatkan kita dari siksa api neraka. Kita telah mendapatkan karunia terbesar melalui Bismillahir Rahman-nir Rahiim, karunia yang dianugerahkan kepada Umat Penutup para Nabi (saw), tapi kita belum memahami kekuatan/kehebatan sesungguhnya dari kalimat tersebut. Manusia adalah makhluk yang lalai dan acuh. Nabi Sulaiman (as) mulai Surat yang ditujukan kepada Ratu Balqis sebagai berikut:

إِنَّهُ ۥ مِن سُلَيۡمَـٰنَ وَإِنَّهُ ۥ بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, (Surah An-Naml 27:30)

* Kita adalah mahluk yang lemah, dan kita semua ingin menjadi lebih kuat dan lebih mulia (dalam iman), dan diampuni (oleh Allah) dan menjadi salah satu hamba yang terbaik (di hadapan-Nya). Jika memang itu yang kita inginkan, maka bacalah Bismillahir Rahman-nir Rahiim, minimal 100 kali sehari.

* Setiap kali kalian merasa terancam oleh suatu situasi atau masalah di dunia ini, atau jika kalian dibebani oleh pikiran atau khawatir tentang akhirat? Bacalah Bismillahir Rahman-nir Raheem, maka kalian akan ditempatkan di bawah Naungan dan berada didalam Perlindungan-Nya.

* Maulana mengatakan jika beliau berusaha untuk berbicara tentang segala rahasia pengetahuan, rahasia kekuatan dan karunia tersembunyi yang terkandung didalam Bismillahir Rahman-nir Rahiim, beliau tidak akan mampu untuk menyelesaikannya, bahkan jika beliau memulainya ketika Allah memulai penciptaan alam semesta hingga akhir waktu. Karena begitu banyak anugerah yang Allah berikan kepada Rasulullah (saw) untuk kita Umatnya yang terkandung didalam Bismillahir Rahman-nir Rahiim! Al-Quran berisi pelajaran yang tak terhitung jumlahnya, dan pelajaran tersebut akan memimpin kita kepada karunia Ilahi berupa kemulian dari Surga yang tiada akhirnya.

* Maulana mengungkapkan satu rahasia. Bahwa dengan membacakan Bismillahir Rahman-nir Rahiim pada makanan disaat kita mulai menyantap makan, akan mengubah makanan yang akan kita santap tadi menjadi cahaya (Noor) didalam tubuh kita dan Allah akan memberkahinya! Bismillahir Rahman-nir Raheem adalah pintu keselamatan dan kenikmatan, itulah sebabnya mengapa syaitan bekerja keras untuk membuat kita lalai untuk membaca Bismillahir Rahman-nir Rahiim untuk mengawali semua kegiatan yang akan kita lakukan, terutama saat kita makan. Syaitan benci melihat Manusia berada didalam keselamatan, kenikmatan ataupun kebahagiaan.

* Al-Quran menyentuh soal Singgasana Nabi Sulaiman (as). Singgahsana tersebut bukanlah singgahsana biasa yang diduduki oleh sembarang Raja, singgahsana tersebut adalah singgahsana surgawi. Apa yang membuat singgahsana ini begitu khusus? Kemuliaan sebuah singgahsana ditentukan dari nilai seseorang yang duduk di atasnya. Dan nilai dari orang terebut diukur (menurut ukuran ketetapan Ilahi) berdasarkan seberapa besar penghambaannya kepada Allah SWT selama hidupnya. Sebuah singgahsana yang diduduki oleh seorang Raja yang zalim dan kejam tidak memiliki nilai dihadapan Ilahi, tidak ada kemuliaan untuk duduk di atasnya, dan hanya memberikan tanggung jawab/beban bagi orang yang duduk di atasnya. Tetapi singgahsana, dimana duduk seorang hamba yang rendah hati dan taat kepada Allah, menjadikan singgahsana tersebut singgahsana yang suci, terhormat, diberkahi, bercahaya, dimuliakan dan penuh dengan keagungan!

* Maulana kemudian berbicara mengenai Raja-raja (duniawi) dan para pengikut Wahabi yang merasa cemburu ketika mereka melihat orang-orang mencintai dan memuliakan Rasulullah (saw). Mereka adalah orang-orang yang memiliki penyakit kecemburuan didalam hati, dan siapapun yang memiliki penyakit hati terhadap Nabi Muhammad (saw), tidak memiliki keimanan! Para pengikut Wahhabi bermuka masam kepada mereka yang berdiri untuk menghormati Rasulullah (saw), kepada mereka yang melakukan salawat atas beliau dan juga kepada mereka yang memuliakan beliau. Mengapa? Maulana mengatakan bahwa para pengikut Wahabi harus menyadari, bahwa jika Allah sendiri memuliakan Rasulullah (saw) maka mengapa kita tidak boleh ikut memuliakan beliau?

عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامً۬ا مَّحۡمُودً۬ا

Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Surah Al-Isra' 17:79)

* Maulana mengatakan, beliau merasa malu untuk menyebut Rasulullah (saw) sebagai seorang hamba (meskipun sememangnya Nabi kita adalah seorang hamba yang paling mulia, dan beliau adalah puncak kesempurnaan dalam penghambaan), sebagai rasa hormat yang teramat besar untuk Rasulullah (saw), Maulana lebih memilih untuk menyebut Rasulullah (saw) sebagai Khalifah (wakil) Allah, karena sesungguhnya beliaulah Khalifatullah yang disebutkan didalam Al Qur’an:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi” (Surah Al-Baqarah 2:30)

* Pada kenyataannya, hanya seorang Raja yang ditunjuk oleh ketetapan Ilahi yang boleh duduk di atas singgahsana. Dan sudah seharusnya Raja-raja duniawi dengan kerendahan hati duduk di kursi biasa yang ditempatkan di samping singgasana mereka, dan berkata, aku akan duduk di kursi biasa karena Singgahsana saya ini hanya untuk diduduki oleh Sang Nabi Penutup (saw). Itu adalah adab yang benar, kata Maulana.

* Singgahsana Suci Nabi Sulaiman (as) dibangun oleh para jin, dan terbuat dari emas (yang bukan berasal dari bumi tetapi dari syurga), menjadikanya sebuah pemandangan yang ajaib. Siapapun yang melihatnya akan jatuh ketanah dan bersujud karena takjub. Allah menghiasi singgahsana tersebut beserta yang duduk di atasnya dengan keagungan, kemuliaan dan kebesaran, sehingga siapapun yang melihat melihat Nabi Sulaiman (as) akan terpesona oleh keagungan penampilannya. Tidak ada seorang pun dihadapan mahkamahnya mampu mengangkat kepalanya dan melihat Nabi Sulaiman (as)! Allah menghiasi Nabi Sulaiman (as) dengan satu titik dari Kebesaran, Keperkasaan, Kemuliaan dan Keagungan-Nya – sifat-sifat yang diperlukan oleh Sulaiman (as) untuk memerintah golongan manusia, hewan, jin dan syaitan.

* Apakah Allah hanya memiliki satu singgahsana untuk Nabi-nabi Nya? Tentu saja tidak. Rasulullah, Nabi (saw) kita tercinta juga memiliki satu singgahsana. Tapi kenapa Rasulullah (saw) tidak diutus beserta singgasananya? Yang pastinya singgahsana Rasulullah (saw) jauh lebih agung dan mulia! Rasulullah (saw) tidak menginginkan singgahsana, beliau berkata, “Aku ingin duduk sebagaimana seorang hamba duduk, dan aku makan sebagaimana seorang hamba makan.” Subhanallah! Ada begitu banyak pelajaran yang tersembunyi didalam jawaban ini. Mengapa Rasulullah (saw) menolak singgahsana yang mampu memukau dan mempesona dunia?

* Rasulullah (saw) telah diperlihatkan bahwa umat beliau akan dipenuhi dengan orang-orang yang menginginkan kemasyhuran, kemuliaan, kemewahan, keagungan, keperkasaan dan kekuasaan. Beliau ingin menunjukkan contoh kehambaan bagi umatnya dengan menolak singgahsana tersebut dan hidup sederhana dan dengan adab (perilaku) yang sempurna. Beliau ingin menunjukkan kepada kita, bahwa kita tidak boleh bangga memiliki sesuatu di Dunia ini, baik itu pakaian bagus, perabotan mahal, istana, mobil mewah atau barang-barang bermerek/berjenama. Kehormatan tidak datang dari itu semua. Kehormatan dan kemulian datang dengan menghambakan diri kepada Allah! Jadi beliau menunjukkan kita contoh terbaik untuk mejadi seorang hamba, dengan duduk, makan, berjalan, dan hidup sebagai seorang hamba. Pesan Nabi adalah, “Janganlah mencari kemuliaan, keagungan, kekuatan dan kehormatan melalui singgahsana (dunia). Itu semua adalah pemberian Allah untuk hamba-hamba Nya sesuai dengan kebijaksanaan dan ketetapan Ilahi.” Nabi (saw) mengajarkan kita untuk mengatakan, saya bukanlah siapa-siapa kecuali seorang hamba yang lemah.

* Rasulullah (saw) mengajarkan kita bagaimana menjadi seorang yang diterima di hadirat Ilahi. Tetapi Syaitan mengajarkan kita untuk menjadi sombong. Mengajarkan manusia untuk bangga dengan apa yang ia miliki dengan bertujuan agar orang-orang memperhatikan dirinya. Syaitan membujuk manusia untuk duduk di atas singgahsana agar dapat dilihat!? Diracuni oleh bujukan Syaitan, manusia kemudian berkata: “Jika saya menemukan singgahsana untuk diduduki, aku akan pasti mendudukinya!”

* Jika Rasulullah (saw) menunjukkan kita posisinya sebagai seorang yang terhormat, berdasarkan keutamaannya memiliki perabotan yang megah (singgasana), maka umat beliau akan mendedikasikan hidup mereka untuk mendapatkan pakaian dan perhiasan dunia yang terbaik. Pada akhirnya, Maulana mengatakan, kita akan menjadi bangsa Fir’aun dan Namrud duduk di atas singgahsana kita masing-masing, menjadi orang yang kejam. Mengapa bisa demikian? Karena, sebagaimana disebutkan dalam suhbah sebelumnya, jauh di dalam hati setiap manusia, terdapat keinginan untuk disembah oleh seluruh ciptaan. Keinginan, untuk menjadi pemimpin yang disembah/dipuja, menjadi pemimpin yang kejam dan egois, itu adalah keinginan tertinggi nafsu (ego) kita! Ini adalah penyakit yang telah menguasai dunia.

* Hanya ada dua kategori didalam kehidupan ini. Ada Sang Pencipta dan ada ciptaan (hamba). Karena kalian bukan Sang Pencipta, pastinya kalian adalah ciptaan, sang hamba! Jika kalian tidak berperilaku sebagai seorang hamba, berarti kalian telah bertindak bagaikan Sang Pencipta! Allah tidak senang dengan orang-orang yang berperilaku seperti itu? Allah tidak memiliki sekutu. Jadi yang ada hanyalah perhambaan, tidak ada kategori lain untuk kita kecuali sebagai hamba.

* Maulana mengatakan, jika kita hidup di Dunia ini sebagai seorang hamba selama tiga hari, maka nantinya di kehidupan selanjutnya yang kekal, Allah akan menhadiahkan kita singgahsana dan Istana yang megah dan menempatkan kita di dalamnya. Tetapi selama kita di Dunia, jadilah hamba-Nya yang rendah hati. Kembalilah kepada-Nya sebagai hamba, dan Ia akan menganugerahkan kepada kita kehormatan dan kemuliaan tanpa akhir! Janganlah kembali kepada-Nya sebagai seorang Raja, tetapi sebagai seorang hamba!

* Kesimpulannya, Maulana mengulangi permohonan beliau seperti di dalam suhbah sebelumnya kepada para Ulama Wahhabi-fundamentalis yang berpusat di negara-negara Barat untuk kembali pulang ke Negara mereka masing-masing. Maulana mengatakan, cara mereka yang ekstrim, agresif, penuh dengan kekerasan dan kritis adalah contoh terburuk dari seorang Muslim yang dilihat oleh dunia Barat. Yang terbaik untuk mereka adalah kembali dan belajar untuk memperbaiki perilaku mereka, Nabi (saw) tidak menyebarkan agama dengan perilaku memualkan seperti itu. Rasulullah berkata, “Tuhanku mengajariku perilaku yang baik dan menyempurnakannya”.

Fatihah.

Komentar

* Ajarkan anak kita untuk membaca Bismillahir Rahman-nir Rahiim sejak kecil dan melatih mereka (dan diri kita sendiri) untuk memulai setiap tindakan/perbuatan dengan Bismillahir Rahman-nir Rahiim.

* Merenungkan isi Al Quran dan mengambil pelajaran darinya. Karena setiap pelajaran yang terkandung di dalamnya, adalah pintu menuju kemuliaan.

* Raja-raja harus ditunjuk/dipilih berdasarkan ketetapan Ilahi, hanya dengan begitulah kemudian mereka dapat duduk di atas singgahsana mereka.

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلۡمَلَإِ مِنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ مِنۢ بَعۡدِ مُوسَىٰٓ إِذۡ قَالُواْ لِنَبِىٍّ۬ لَّهُمُ ٱبۡعَثۡ لَنَا مَلِڪً۬ا نُّقَـٰتِلۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۖ

Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: Lantiklah seorang raja untuk kami supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah. (Surah Al-Baqarah 2:246)

* Hati manusia adalah singgahsana Ilahi (Arshullah). Janganlah meletak kan pencuri (iblis) di singgahsana itu(iaitu dalam hati, sebagai pembimbing), dia akan mencuri seluruh harta syurgawi kepunyaan kita, bagaimana penguasa2 zalim menceroboh baitul mal dan mengambil harta negeri tanpa segan dan silu. Jangan meletak ahli dunia (ego/nafsu) di singgahsana itu, dia akan membimbing kitake arah menjadi Fir’aun dan akan habiskan hidup kita mencari dunia ini. Dalam Ayat Quran di atas, Bani Israel berdoa, “Lantiklah seorang raja untuk kami supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah.” maka itu bermakna, mohon dari Allah supaya Dia mengirim seorang yg menjadi wakil Allah (Sadiqeen, warisatul Anbiya) yang akan membimbing kita di atas jalan (Tariqah) perhambaan (ubudiyyah), dan dengan pertolongannya serta bimbingannya, kita dapat memerangi kekotoran dan najis yang di bawa oleh shaitan, nafsu, ego dan dunia, dan tetap berada di atas jalan mereka yang berjuang di jalan Allah (jihadun nafs).

* Maulana menyebutkan bahwa jadilah seorang hamba selama ‘tiga hari’, yang merupakan refleksi dari kehidupan kita di dunia ini, yaitu, kemarin (yang telah berlalu dan tidak akan pernah kembali, yang dipenuhi dengan penyesalan), hari ini (saat ini, yang harus dilalui dengan kehambaan yang mutlak) dan esok (ketidakpastian dan kematian yang bisa datang pada bila bila saat) .

* Kembalilah kepada-Nya, hiasi dirimu dengan kehambaan kepada-Nya, dan Ia akan menghiasimu bagaikan seorang Raja, untuk selamanya.

(Kami ingin menyambut ahli terbaru kami dalam pasukan SufiHub, dia adalah seorang sukarelawan yang bekerja kerana mencintai Shaykh kami. Salinan ini adalah usaha beliau, kami memohon doa dan Fatiha atas usahanya yg sangat mulia ini. Kami masih mencari sukarelawan2 atau sesiapa yg mahu bekerja untuk mengalih bahasa bersama SufiHub.)

Maulana Syaikh Nazim mengajar setiap hari pada jam 1 pagi WIB, sila ke lelaman www.Saltanat.org untuk mengikuti pelajaran beliau. Maulana mengajar dalam Bahasa Inggeris, tetapi alih bahasa di siapkan dalam Bahasa Melayu/Indonesia. Salinan ringkasan terdapat di lelaman Naqshbandi Singapura, www.SufiHub.com.
Terlampau Memuji Rasulullah SAW?
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia, 15 February 2011

Sempena menyambut Mawlid al-Rasul SAW, kita tangguhkan sejenak siri perbahasan kita tentang tawassul dan memilih untuk memetik satu tajuk lain iaitu batas pujian terhadap Rasulullah SAW. Ini adalah kerana dalam keghairahan majoriti umat Islam memuji dan menjunjung Rasulullah SAW dalam menyambut Mawlid Baginda SAW, terdapat juga suara-suara yang menimbulkan salah-faham dengan mendakwa bahawa puji-pujian terhadap Rasulullah SAW adalah suatu yang melampau dan terpesong daripada ajaran Islam. Antara sandaran utama golongan ini ialah sabda Rasulullah S.A.W: “Janganlah kamu melampau-lampau memujiku sebagaimana kaum Nasrani melampau-lampau memuji Isa ibn Maryam.”

Sebahagian orang memahami sabda Nabi SAW di atas dengan makna melarang daripada memuji Baginda S.A.W. Mereka mengira perbuatan memuji Nabi SAW termasuk dalam perbuatan yang melampau dan sikap berlebihan yang tercela dalam agama, yang boleh mengakibatkan syirik. Mereka juga beranggapan, bahawa orang yang memuji Nabi Muhammad SAW, mengangkat kedudukan Baginda SAW melebihi daripada manusia yang lain, menyanjungnya dan menyifatkan Baginda SAW dengan apa saja yang membezakannya daripada manusia yang lain, bererti telah melakukan bid’ah dalam perkara agama dan menyanggahi Sunnah Penghulu segala Rasul SAW.

Ini adalah pemahaman yang salah dan buruk serta menunjukkan kecetekan pandangan orang yang menilai hadis tersebut. Maksud sebenar hadis ialah Nabi Muhammad SAW melarang memujinya secara keterlaluan sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Nabi Isa AS yang mengatakan bahawa Nabi Isa AS itu adalah anak Allah.

Adapun, orang yang memuji Nabi SAW dan menyifatkannya dengan sifat-sifat yang tidak terkeluar daripada hakikat kemanusiaan, di samping meyakini bahawa Baginda SAW adalah hamba Allah dan utusanNya, dan menjauhi keyakinan dan kepercayaan kaum Nasrani, maka sesungguhnya tidak disyaki lagi merupakan orang ini adalah yang paling sempurna tauhidnya.

Tepatlah madah Imam al-Busiri RH dalam qasidah Burdahnya yang menegaskan,
“Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa AS). Ertinya: Jangan katakan Muhammad SAW itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda SAW sesuka hati mu; Kerana hakikatnya keagungan Rasulullah SAW itu tiada had baginya, sehingga mampu lidah mengungkapkannya secara sempurna;

Kemuncak pengetahuan mereka tentang diri Baginda SAW mereka hanya mampu mengatakan bahawa Baginda SAW itu adalah seorang manusia, yang sebenarnya merupakan semulia-mulia dikalangan makhluk Allah seluruhnya.”

Mana mungkin dikatakan bahawa memuji Baginda SAW itu salah sedangkan Allah SWT sendiri memuji NabiNya, melalui beberapa firmanNya termasuk: “Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia.” (al-Qalam:4) Allah juga memerintahkan supaya umat manusia sentiasa beradab bersama Nabi SAW; sama ada ketika berbicara mahupun menjawab panggilannya. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suaramu melebihi suara Nabi.” (al-Hujuraat:2)

Allah SWT juga melarang kita daripada berurusan dan bergaul dengan Nabi SAW sebagaimana kita berurusan dan bergaul sesama manusia yang lain, atau memanggil Baginda SAW sebagaimana cara kita memanggil sesama kita. Allah SWT berfirman: “Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu.” (al-Nur:63). Tapi hari ini ada yang menyatakan bahawa menggelarkan Nabi SAW dengan “Sayyidina” itu sebagai salah dan melampau.

Mana mungkin memuji Nabi SAW itu sesat sedangkan para Sahabat RA yang mulia sering memuji Rasulullah SAW. Antara yang terdekepan dalam bab ini ialah Saidina Hassan bin Thabit RA sehingga telah diletakkan satu minbar khas baginya dalam Masjid Nabawi ketika zaman Nabi SAW lagi untuk memuji dan mempertahankan Baginda SAW. Maka antara syair Hassan ibn Thabit RA ialah:

“Wahai tiang tempat bersandar orang yang bersandar! Tempat berlindung orang yang berlindung kepadanya! Tempat meminta tolong orang yang kesusahan, dan penyelamat orang yang memohon penjagaan! Wahai makhluk pilihan Allah bagi makhlukNya! Maka Allah menganugerahkan kepadanya akhlak yang suci bersih; Engkau adalah Nabi dan sebaik-baik keturunan Adam. Wahai Nabi yang pemurah bagaikan limpahan lautan yang luas!”

Rasulullah SAW juga ada memuji dirinya sendiri agar kita semua tahu kadar kedudukan Baginda SAW seperti sabdanya :”Aku adalah sebaik-baik golongan kanan (yang beruntung mendapat nikmat syurga).”“Aku adalah sebaik-baik golongan yang lebih dahulu memasuki syurga.”“Aku adalah anak Adam yang paling bertaqwa dan mulia di sisi Allah, tidaklah aku bermegah-megah dengannya.” (Imam Tabrani dan al-Baihaqi di dalam al-Dala’il)

Pada kesempatan yang lain, Baginda S bersabda: “Aku adalah manusia yang paling mulia di antara manusia-manusia yang terawal dan terakhir dan tidaklah aku bermegah-megah dengannya.” (riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi) Di dalam hadith lain pula Abu Sa’id berkata: Sabda Rasulullah SAW: “Aku adalah penghulu anak Adam pada hari Kiamat; dan tidaklah aku berbangga-bangga dengannya. Di tanganku terdapat Liwa’ al Hamdi (bendera yang dipuji); aku juga tidak bermegah-megah dengannya. Tidak ada seorang Nabi pun pada hari itu (Kiamat); baik Adam mahupun yang lain, kecuali semuanya berada di bawah naungan benderaku. Aku juga orang pertama yang dibongkarkan dari bumi dan tidaklah aku berbangga dengannya.” (Riwayat Imam al-Tirmizi)

Maka sempena Mawlid al-Rasul SAW 1432 Hijriyah ini marilah kita memurnikan kefahaman kita dengan menjauhi sangka buruk terhadap mereka yang memuji, menyanjung dan mengagungkan Nabi SAW. Sesungguhnya kemuliaan Nabi SAW itu begitu tinggi hingga terbuka ruang yang begitu luas untuk kita memuji dan mengungkapkan selawat dan salam ke atas Baginda SAW dengan secanggih yang kita mampu. Manakala batasannya pula adalah terhad dan sempit iaitu jangan sampai menafikan sifat asasi Nabi sebagai manusia dan hamba Allah SWT. Semoga Allah SWT mengizinkan kita tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang sentiasa memuji dan berselawat ke atas kekasihNya, Nabi Muhammad SAW.
Posted by YSofakl.blogspot.com at 3:50 PM

Isnin, 21 Mac 2011

Nasihat untuk Perlindungan bagi Kaum Wanita
Sultan al-Awliya Mawlana Syekh Nazim al-Haqqani qs
15 Maret 2011 Lefke, Siprus


A`uudzu billahi min asy-Syaythani 'r-rajiim. Bismillahi 'r-Rahmaani 'r-Rahiim.

Tidak ada yang berjalan seperti yang kita inginkan, mengerti? Kita harus mempunyai dua sayap: satu untuk bersyukur, dan satu lagi untuk bersabar, barulah kita bisa terbang bersama. Itu adalah kebiasaan atau tradisinya Allah (swt). Oleh sebab itu, lebih baik untuk bersabar dan bersyukur adalah yang terbaik.

Apakah kalian semua mempunyai ibu dan ayah? (ya). Apakah kalian semua bekerja sekarang? (ya). Semoga Allah memberi kalian hari-hari yang menyenangkan. (Mawlana Syekh Nazim memberikan bay`at.)

Setiap hari, bacalah, “RabbunAllah, HasbunAllah” 100 kali. Jika kalian ingin melakukannya lebih banyak, boleh. Setiap pintu yang tertutup akan terbuka bagi kalian, jangan khawatir. Jagalah salat kalian dan berusahalah untuk membaca Kitab Suci al-Qur’an.

Jangan keluar di malam hari, tinggallah di rumah. Katakan pada suami kalian, saudara, atau ayah kalian bahwa kalian tidak bisa keluar rumah tanpa ditemani oleh seorang pria. Jangan tinggalkan rumah kalian di siang hari dan khususnya
malam hari tanpa ditemani seorang muhrim pria. Tutuplah pintu kalian dari kehidupan malam; tinggallah di rumah. Banyak peristiwa yang akan terjadi. Kalian pasti telah mendengar apa yang terjadi di Jepang. Tidak seorang pun yang dapat
memberikan jaminan kepada kalian bahwa tempat ini tidak akan mengalami hal yang serupa dengan di sana, tidak ada! Tinggallah di rumah dan percayalah dengan perlindungan Tuhan kalian. Fatihah.

Wa min Allah at Tawfiq


Advice to Ladies for Protection
Sultan al-Awliya Mawlana Shaykh Nazim al-Haqqani
15 March 2011       Lefke, Cyprus


A`oodhu billahi min ash-Shaytani 'r-rajeem. Bismillahi 'r-Rahmaani 'r-Raheem.

Nothing is going to be as we like, understand? We must have two wings: one for shukr, thanks, and one for sabr, patience; then we may fly together. That is Allah Almighty’s custom. Therefore, it is better to be patient and to give thanks is best.

Do all of you have mothers and fathers? (Yes.) Are all of you working now? (Yes.) You are all teachers? (Yes.) May Allah give you happy days.

(Mawlana Shaykh Nazim gives bay`a.)

Everyday, recite “RabbunAllah, HasbunAllah” 100 times. If you would like to do more, you may. Every closed door will open for you, don’t worry. Keep your prayers and try to recite Holy Qur’an.

Do not get out at night, stay home. Tell your husbands, brothers, or fathers that you must not leave your house without a man. Don’t leave your house during the day and particularly at night without a man. Close your doors from the night life; keep yourself indoors. So many things are going to happen now. You must have heard about what happened in Japan. No one can give you a guarantee that this place cannot be like that place, no! Keep yourself indoors and trust in your Lord’s Protection.

Fatihah.



https://docs.google.com/document/pub?id=10mzeS5fz5TGmbNCrFGoqL-Vov55tVvEpx8T8juG_KIc&pli=1


Berdampinglah dengan orang SOLEH agar kita merasai tempias KESOLEHANNYA...

Ahad, 20 Mac 2011

Ideologi daripada Mustafa Kamal Atartuk ketika pemerintahannya,  Perempuan boleh memakai tudung tetapi dengan syarat mereka haruslah memakai skirt.Lelaki pula boleh memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak b...arat).Wanita dan lelaki disuruh untuk menari di khalayak ramai dan beliau sendiri juga pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti yang pertama di Ankara.Beliau juga berkata bahawa “sesebuah negara akan mundur jikalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.Arak jugak digalakkan untuk diminum secara terbuka.Al-Quran diarah untuk dicetak dalam bahasa Turki.Azan ditukar ke dalam bahasa Turki serta bahasa Turki sendiri juga telah diubah dengan menhilangkan unsur-unsur Arab dan Parsi.Menggunakan arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan dan membangunkan Turki tetapi pada hakikatnya mereka diarah untuk mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.Beliau juga pernah berucap pada satu ucapan di bandar Belikesir dan secara terang-terangannya mengatakan bahawa agama mestilah dijauhkan dengan urusan harian dan hapuskan agama untuk kemajuan.Agama Rasmi Turki jugak sudah bukan Islam.Islam diserang secara terbuka.Undang-undang perkahwinan berdaftar juga digubal berdasarkan undang-undang barat.Masjid Ayasophia dijadikan muzium, dan ada jugak yang dijadikan gereja.Bersembahyang berjemaah adalah dilarang sama sekali.Kementerian Wakaf dibubarkan dan anak-anak yatim dan fakir miskin diabaikan.Undang-undang waris dan faraid secara Islam diharamkan.Kalendar Islam juga dihapuskan dan huruf Arab ditukar ke huruf Latin.Beliau menganggap dirinya seperti Tuhan sama seperti Firaun. Telah berlaku satu peristiwa ketika salah seorang askarnya sengaja ditanya “siapakah tuhan kamu dan dimana dia tinggal?”. Disebabkan terlalu takut, askar itu menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhannya”. Beliau merasa amat gembira dengan jawapan itu.     Saat kematiannya yang menyeksakan   Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:   1. Penyakit kulit dan gatal-gatal seluruh badannya. 2. Sakit jantung 3. Darah tinggi   Beliau juga merasa panas sehingga bomba dikehendaki menyebur istananya dengan air sepanjang 24 jam. Ketulan-ketulan ais juga diletak di dalam selimutnya. Dengan keagungan Allah, rasa panas yang ditanggungnya tak juga hilang. Kerana sudah tidak tahan untuk menanggung, beliau meronta-ronta dan menjerit-jerit. Seluruh istana dapat mendengar jeritannya. Kemudian mereka meletakkan beliau di tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu berkuasa atas segala-galanya, panasnya masih seperti biasa. Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 2 hari kerana terlalu panas dan selepas itu beliau sedar tetapi telah hilang ingatan. Pada 9 November 1938, sekali lagi beliau pengsan selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia. Tidak ada seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jasad beliau. Kemudian jasadnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, dan adik perempuannya memujuk ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.   Kemudian, Allah tunjukkan lagi azab ketika jasadnya di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Bila hendak dikebumikan, tanah pula tidak menerimanya. Liang lahad menjadi sempit. Cuba untuk mengkebumikannya berkali-kali sehingga mereka semua berputus asa dan jasadnya diawet sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun jasadnya hendak ditanam semula, tapi Allah maha berkuasa, bumi sekali lagi tak menerimanya kali ini. Akhirnya jasadnya dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 ton. Jasadnya ditanam di celah-celah batu marmar tersebut.   Yang menyedihkan lagi, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”   Moral of story.. renung2kanlah .. dan jadi kan iktibar..

Rabu, 16 Mac 2011

7 Langkah Mengatasi Kerasukan Ketika Mendengar CD Ruqyah!



Hari2 terdapat laporan pesakit kerasukan ketika mendengar CD Ruqyah

Assalamualaikum semua!

Disebabkan terlalu banyak panggilan kepada pihak kami, pendengar kerasukan setelah mendengar cd ruqyah KISWAH, maka dengan ini saya sertakan langkah2 yang perlu diambil oleh ahli keluarga kepada pesakit yang kerasukan:

Haid kembali selepas dengar CD Ruqyah

Assalamualaikum semua...

Baru dapat sms pesakit yang sudah lama tidak kedatangan haid (mungkin sebab gangguan), tiba-tiba saja datang bulan setelah sekian lama tidak uzur...; sebaik saja mendengar CD Ruqyah KISWAH dengan izin Allah jua....

Sila dapatkan cd ruqyah yang lain dari yang lain ini.. Membeli sambil menderma!!!

http://cdruqyah.com/

25 June 2010

Surat Kepada Tuanku Sheikh Raja


Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja Ashman ibn Sultan Azlan Shah as Sulthani
Assalamualaikum semua...

Saya agak keletihan pagi ini dan tak merawat.. Petang ni ada rawatan susuk dan gangguan pernafasan pulak... Saya sampai ke rumah 12.30 pagi tadi setelah menziarahi Tuanku Sheikh Raja dan sahabat2 seperjuangan di Zawiyah KL dan kemudiannya meneruskan ziarah di Makam Sheikh Abdullah Faiz ad Daghestani di Janda Baik.. (Masya Allah tempat ni sungguh kuat tarikan spiritualnya) dengan sahabat dari Johor dan Singapura...

Ziarah saya dan disertai Admin www.rukyahsyariah.com Abg Zailan antara lain adalah untuk memberikan hadiah frame cd ruqyah kepada Tuanku di samping meminta izin, dustur, barakah dan doa dari Tuanku Sheikh Raja supaya sentiasa mendoakan pusat rawatan KISWAH yang sangat sederhana ni...

Saya mengadap Tuanku disertai Abg Zailan dan Tuan Puden selaku mewakili KISWAH dan beramah mesra dengan Tuanku sebentar saja dan kami menghadiahkan cenderahati yang sangat cantik berupa cd ruqyah yang diframekan, 5 cd ruqyah dan surat sokongan dan penghargaan...

Tuanku amat berbesar hati dan bertanyakan perihal cd tersebut; penggunaan dsb... dan Tuanku menyatakan bahawa cd2 ruqyah yang selebihnya; mungkin boleh diberikan kepada sahabat2 Tuanku yang menderita sakit.....

Saya juga meminta doa dan izin Tuanku untuk mengadakan seminar seluruh Malaysia bagi menyampaikan mesej dakwah sufi melalui dunia perubatan kepada umat Islam di negara kita khususnya...
Kami sangat berbesar hati dan terharu apabila guru kami memberikan sokongan sepenuhnya kepada usaha kami dan sudi mendoakan kami...

Terima kasih Ya Sheikhana, wa Qurrati A'yunina, wa Tabibi Qulubina; Yang Mulia Tuanku Sheikh Raja Ashman ibn Sultan Azlan Shah... Kami menyayangimu hanya kerana Allah. Terima Kasih atas didikanTuanku Sheikh selama ini.

Ini adalah suratnya:
Yang Mulia,
Dato’ Seri Tuanku Raja Ashman ibn Sultan Azlan Shah,
Haqqani Foundation,
No 28, Jalan Setiabudi,
Bukit Damansara,
Kuala Lumpur. 14 Jun 2010
Tuan,
PENGHARGAAN DAN SOKONGAN TUANKU
Berhubung dengan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kehadapan Tuanku yang dimuliakan Allah Taala. Dimaklumkan bahawa kami telah menerima ijazah dan izin Tuanku di dalam perubatan Islam sejak 2008 dan kemudiaannya diberi izin untuk mengijazahkan perubatan Islam dari Tuanku pada 7 April 2010.

3. Kami ingin mempersembahkan hasil dari izin dan dustur yang telah Tuanku berikan kepada kami iaitu CD rawatan sihir khas sebagai ikhtiar rawatan pada pesakit yang menderita kerana sihir. Ini sebenarnya adalah dakwah kepada masyarakat Malaysia umumnya berkat sokongan dan doa Tuanku selama ini.

4. Keluaran pertama ini ialah hasil dari doa dan perkenan Tuanku ke atas pusat rawatan KISWAH yang telah diberikan Tuanku sebelum ini. Kami berjanji akan berpegang teguh pada sanad dari Tuanku demi menegakkan syiar Islam menurut al Quran dan as Sunnah serta ajaran dari guru kami Maulana Sheikh Muhammad Nazim Adil al Haqqani agar kami berjaya mencapai matlamat untuk mencegah perbuatan mungkar, khurafat dan syirik dalam masyarat Melayu khususnya.

5. Untuk pengetahuan Tuanku, kini kami sedang mengadakan road show seminar rawatan Islam ke seluruh Malaysia jika diizinkan Allah. Berbekalkan madad dari Tuanku, kami akan berusaha memperkembangakan dakwah sufi melalui perubatan Islam yang telah diijazahkan dan diberi izin oleh Tuanku kepada kami sebelum ini.

6. Bersama ini kami sertakan CD Ruqyah Syariyyah KISWAH untuk rawatan gangguan makhluk halus khas kepada pihak Tuanku.

7. Segala kerjasama pihak Tuanku, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,terima kasih.
Yang benar,
…………………………..
Hayat an Naqshbandi,
Pengurus,
Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah.

.........................................
Zailan Ibrahim
Pusat Rawatan KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah Bandar Puteri Klang

23 June 2010

Kajian Kes: Jangan jadikan gangguan dan jin sebagai alasan


Runsing, runsing, runsing.......
Jangan jadikan jin sebagai alasan....

Sikit2 jin sikit2 jin.... sikit2 jin..... Malas belajar bagi alasan sebab gangguan jin.. Tak sekolah berbulan-bulanlamanya; semuanya sebab salah jin... Malas kerja dan menyara keluarga pun salah jin..

Semenjak dua menjak ni saya banyak dikunjungi oleh pesakit yang mendakwa tidak bersekolah berbulan2, takde semangat nak belajar dan motivasi untuk bekerja menyara keluarga dan berbakti kepada keluarga disebabkan gangguan makhluk halus...

Apabila diruqyah dan dirawat... hmmm lain pula ceritanya..... Dari petanda yang ditunjukkan, kemungkinan besar tiada gangguan yang terdapat dalam tubuh pesakit..SIHAH WAL AFIAH... Ramai ibu bapa yang membawa anak2 bermasalah untuk ke sekolah kerana didakwa mempunyai gangguan sebenarnya; tiada gangguan pun yang mengganggu pesakit...

Terkadang saya berfikir..... berdasarkan pengalaman saya merawat sekelumit cuma ini...... terlalu banyak orang yang beralasan "ahhhh... ini semua salah jin / sihir la aku tak solat / tak puasa / tak kerja nak sara anak bini, tak sekolah berbulan-bulan ... macam ni.. semuanya salah sihir dan jin yang ganggu aku..." sebagai alasan untuk menutup KEMALASAN mereka.................

..padahal apabila dirawat tiada satu pun tanda gangguan ada pada mereka....

....walaupun tak dinafikan ramai yang terganggu proses pembelajaran dan pekerjaan mereka disebabkan gangguan makhluk halus.... namun ramai juga yang mempergunakan isu dan alasan ini untuk membela kemalasan dan lepas tangan mereka...

Sekadar satu renungan.....

Kisah Rawatan Sihir: Diganggu kerana memiliki barang sihir.





Gambar barang2 sihir yang didapati dari bomoh dan digunakan di dalam pemujaan. Keris, batu geliga, cincin, batu cincin, cincin, Al Quran kecil, duit rupiah, wafaq, tangkal,kemenyan, minyak wangi dan kain kuning.

Assalamualaikum semua pengikut blog yang dihormati.
Kali ini saya akan bercerita berkenaan satu keluarga yang diselubungi misteri sebaik sahaja memiliki barang2 sihir dan si suami mula bertandang ke rumah bomoh...

Mereka datang ke pusat rawatan setelah si suami mengadu sakit-sakit badan, tidak mempunyai motivasi untuk bekerja dan selalu berkelahi suami isteri dan hampir bercerai berai. Si isteri juga mengadu sakit-sakit badan dan terkena gangguan.

Kisah bermula apabila mereka mula bertandang berjumpa bomoh setelah isteri mula sakit dan mencari tempat untuk berubat.. Bomoh berkenaan membekalkan kepada mereka tangkal2 yang pelik dan macam2 barang lain.

Bertitik tolak dari situ si suami cukup obses dengan benda2 mistik dan suka mengumpukan barang2 lama. Hidupnya mula diselubungi misteri apabila dikatakan boleh menarik barang dari dunia ghaib dengan cara mendapat mimpi bahawa makhluk halus datang dan memberitahu di mana hendak mendapatkan barang2 tersebut dan ternyata dia menjumpainya.

Hari berganti hari, si suami sentiasa terjumpa 'benda2 ghaib' seperti keris, cincin dan sebagainya.

Sejak hari tu kehidupan rumahtangga mereka menjadi tunggang terbalik. Maka mereka pun datang menemui saya untuk mendapakan rawatan. Saya memberi syarat bahawa barang2 tersebut hendaklah diserahkan kepada saya untuk mematikannya dan diserahkan terus kepada saya... Namun si suami masih sayangkannya... Saya kata nak balik boleh.. tapi keesokan harinya selepas saya mematikan barang tersebut dengan air ruqyah.

2) Kisah dua... pada hari yang sama membawa barang2 pelik.

Seorang isteri kedua yang sering ditinggalkan suami kerana bekerja di Indonesia sentiasa menderita sakit misteri dan seisi keluarganya melihat lembaga2 menakutkan di dalam rumah... Dilaporkan juga bahawa suaminya sering membawa barang2 pelik dari Indonesia yang didakwa diberikan oleh Kiai2 di sana.

Dipendekkan cerita si isteri datang ke pusat rawatan sebanyak dua kali untuk rawatan dan menangis teresak2 ketika diruqyah.... Saya menyarankan agar dibawa barang2 suami untuk dimatikan oleh saya... takut menjadi punca gangguan lembaga di dalam rumah mereka.

Keluarga dilaporkan semakin sembuh......

CERITA SAYA:

Kaedah yang saya gunakan untuk mematikan barang2 tersebut adalah membacakan ayat2 ruqyah kepada barang2 sihir tersebut dan direndam di dalam air ruqyah bercampur garam semalamam...

Nak dijadikan cerita... pada waktu kelas perubatan KISWAH pada malam harinya... pusat rawatan saya berbau sangat busuk yang datang dari barang2 tersebut yang masih direndam dengan air ruqyah di pusat rawatan saya... bau hanyir darah yang memualkan.. boleh jadi bau kemenyan dan minyak wangi yang macam2 yang direndam sama kot... :) maka busuklah jadinya...

Keesokan harinya, sebahagian barang tersebut diambil oleh pesakit terbabit kembali (untuk apa saya tak tahu) dan selebihnya saya buang begitu saja...

MORALNYA:
Jangan obses kepada barang dan dunia mistik.... nanti hidup anda diselubungi misteriiiiiii....