Selasa, 19 Oktober 2010

TELEK

Salam,

Susulan dari kisah seorang bakal pengantin yang hilang baru baru ini maka ramai lah yang membuat andaian...tapi yang sedihnya mereka menggunakan perkhidmatan bomoh yang menelek seperti nujum pak belalang.

Didapati ada juga yang mengelar diri mereka perawat islam yang mula memberitahu bahawa anak mereka sekarang ini sudah berada di tempat tempat entah di mana. Bila di tanya mereka mengatakan itu ialah ilham Dari ALLAH SWT. Dan perkataan itu di ikuti pula dengan "BIIZNILLAH"..... berhati hati lah dgn telekan dan renungan mereka kerana benar benar nampak Islamic tapi sebenarnya hanya satu helah untuk memperlihatkan kehebatan mereka.

Sekiranya itu ialah Iham dari ALLAH maka tak mungkin akan silap .......kerana ALLAH tak pernah berikan Ilham yang salah pada sesiapa pun.

Sila lihat petikan akhbar kosmo hari ini.



Berfikirlah kita dgn baik kerana perbuatan kita ini di tertawakan oleh syaitan dan orang orang kafir di luar sana. 7 bomoh di gunakan dan ada tiga di situ merupakan "perawat Islam" Yang menelek. (jangan tanya mana saya tahu perkara ini tapi yang pastinya saya tidak menelek) .

"INGAT BILA YANG HAK MENENTANG YANG BATHIL YANG HAK AKAN MENANG TAPI BILA BATHIL BERCAMPUR DGN YANG HAK YANG HAK AKAN KECUNDANG!!!"

Syeikh Hisham Kabbani berkata " if a kafir believe 100% about his religion then he is better. You cant challenge him if your faith to ALLAH is only 80%"

"Sekiranya orang kafir percaya 100% mengenai ugamanya adalah lebih baik dia dari kita sekiranya kita hanya mempercayai ALLAH sebanyak 80%"

renung renungkanlah ........

Sabtu, 16 Oktober 2010

SYIRIK?

Assalamualaikum,

Disini saya paparkan kisah sekiranya benar kisah ini maka apakah hukumnya?...sudah hilang kah segala ikhtiar untuk mencari rezeki sehingga sanggup bertemu tok cha untuk menelek nombor ekor? dan mengucapkan terima kasih pula pada tok cha itu ......didalam iklan secara terang terangan...

Maka kita nilaikan lah sendiri. sekiranya ini satu penipuan semuga ALLAH melaknat pelaku fitnah ini. Saya cuba mencari orang ini di Klang tapi tidak dapat di temukan....

Baca dan nilaikanlah sendiri........

Mengadai ugama kerana syaitan LAKNATULLAH.

Rabu, 13 Oktober 2010

JIN ASYIK JIN PENDAMPING JIN SIHIR JIN SAKA,

Assalamualaikum,

Semalam saya terima panggilan dari sahabat baik saya dari

jauh. Bertanyakan satu perkara yang saya rasa wajib saya

kongsikan disini.

JIN ASYIK!!!!!

Ramai di kalangan pesakit ialah wanita.......ini tidak boleh di

nafikan kalau dari 100 yang datang 90 dari mereka ialah

wanita dengan bermacam macam gangguan yang mereka alami

Semuga mereka cepat sembuh.

Salah satu gangguan yang agak degil ialah jin asyik yakni jin

yang jatuh cinta pada manusia yang suka menyakiti manusia

dan menganggu keharmonian rumah tangga. Sedikit kisah ........

Pada awal perkahwinan kedua dua pasangan ini amat bahgia

dan ceria keluarga yang di idamkan menjadi kenyataan di

kurniakan pula hadiah besar dari ALLAH SWT yakni cahaya

mata......ALHAMDULILLAH Syukur. Sepanjang panjang

perkahwinan tiada apa pun masalah pada pasangan ini

malahan semua berjalan lancar. Sang Suami yang amat

pengasih dan penyayang sang isteri yang juga taat pada

suruhan ALLAH SWT dan selalu rajin beramal.

Farid (bukan nama sebenar) bekerja sebagai seorang ahli

perniagaan yang berjaya tetapi baru baru ini terpaksa bekerja

di luar kerana pembesaran perniagaannya. Setiap bulan ada

saja tempat yang terpaksa di kungjungi selama seminggu lebih

demi mencari rezeki walaupun terpaksa meninggalkan Faridah

(bukan nama sebenar) dan anaknya Firdaus (bukan nama

sebenar) yang baru berusia 4 tahun dan Farisha (bukan nama

sebenar) berusia 2 tahun . Sebagai seorang ibu dan surirumah

tangga Faridah sentiasa berusaha untuk mencantikan rumah

dan menjaga anaknya dengan sebaik baik cara. Kereta mewah

besar, rumah besar segalanya di kurniakan ALLAH pada mereka

malah kebahagian rumahtangga mereka amat cemerlang sekali.

Farid pula semakin berjaya dalam perniagaannya tidak

melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang

ayah berusaha bersama keluarganya walaupun keletihan

selepas urusan perniagaannya. Setelah perkahwinan berusia 6

tahun Faridah jatuh sakit dan sering pening kepala dan sukar

tidur lalu dia pun berkunjung ke klinik untuk mendapatkan

rawatan. Doktor memberitahu bahawa Faridah tidak

mempunyai apa apa masalah kecuali mungkin dia merasa

tertekan dengan kerja rumah dan sebagainya. Faridah pun

pulan tanpa merasa apa apa yang perlu dikhuatirkan, perkara

ini di sampaikan pada suaminya dan suaminya pun

menasihatkannya supaya berehat lebih dan akan mengambil

cuti untuk berehat.

Tetapi masalah Faridah tidak berhenti di situ, sakit kepalanya

menjadi jadi sejak kebelakangan ini, perasaan berdebar debar

sering kali melanda, sukar melelapkan mata, terasa letih bila

mahu bangun tidur, bahu terasa sakit, pinggang terasa sakit

dan lututnya juga merasa seperti lenguh yang amat sangat.

Tetapi Faridah tidak mengendahkan sakit itu dan terus sahaja

seperti rutin biasa sehinggalah tiba satu hari.....
BERSAMBUNG
Pada petang Faridah sedang menanti masuknya waktu maghrib (Farid seperti biasa telah keluar atas urusan perniagaan) Faridah terasa amat resah dan debaran menjadi amat kencang .Dadanya mula terasa sesak seolah olah diserang lelah. Namun Faridah mengagahkan dirinya untuk berwuduk agar dapat menunaikan solat dengan segera. Dalam perjalanan Faridah menuju ke bilik air dia terasa seperti ada bayang yang melintas di belakangnya bayangan hitam yang amat laju. Faridah mengerling ke belakangan namun tiada apa yang kelihatan. Dan sebaik saja perkara itu berlaku terus debaran jantungnya menjadi normal dan keresahannya hilang ALHAMDULILLAH..terus Faridah berwuduk dan menunaikan solat Maghrib. Selepas solat dia mula membaca sedikit ayat al-Quran tetapi waktu dia mahu membaca al-Quran itu kepalanya terasa bagai di tolak pada ketika ini Faridah merasa amat takut terus bangkit dan menuju ke arah anak anak nya.

Pada waktu malam selepas menidurkan anak anaknya faridah pun berehat sambil menonton TV sedang dia menonton itu tiba tiba terdengar seperti telingannya di jentik dan perasaan seramnya tiba tiba datang kembali, dadanya berdebar kencang dan bahunya mula terasa berat..........

Isnin, 11 Oktober 2010

JIN MENEGAKKAN KERIS PENDAMPING KERIS?

Assalamualaikum,

Berikut saya pamirkan beberapa barangan yang menjadi tapak jin yang diseru orang orang zaman dahulu kala. Sundang yang saya pamirkan ini merupakan sundang pesakit yang terlantar.

Tapi yer lah orang dulu memang inilah senjata mereka nak kita salahkan mereka tak boleh sebab pada waktu itu memang ini lah senjatanya. Diasap untuk dikeringkan dilimau untuk membisakan. Diikat agar tidak dapat dipermainkan oleh kanak kanak dan sesungguhnya itulah tujuan asal perbuatan perbuatan itu.

Tapi bila mula diperasapkan dan dibacakan mentera dan doa doa tertentu meminta senjata menjadi pelindung dan penyerang dgn izin ALLAH maka hadirlah jin jin kufur yang duduk menggunakan senjata senjata ini sebagai perantaraan manusia dan ALLAH nauzubillah.

Jangan kita menyerang pula penyimpan senjata yang berada di jalan hak...mereka simpan keris dan perasapkan bukan untk kasi jin makan tapi untuk menjaga keris dari menjadi rosak....asal perasap keris sahaja kita anggap syirik...periksa dahulu perasap keris bukan nak panggil jin tapi nak keringkan keris yang di bersihkan. Dan senjata lama kalau dijadikan hiasan memang cantik dan unik.

Ni dia saya pamerkan sundang dan lawi ayam (kerambit buah) dikatakan sudah berusia lebih 150 tahun Wallahualam....









Eh eh apa ni....last last semua barang itu kena rendam dalam air rawatan yang dibacakkan rukyah syariah....

Jadi forumers yang dirahmati ALLAH...jangan lah kita terpedaya dgn kata kata mana mana tukang tukang telek yang menelek nelek, yang menegakkan keris dan sebagainya...SEMUA ITU PEMBOHONG BESAR...... Tiada benda yang ada power semua dgn izin ALLAH.

Sundang itu tegak bukan kerana dia boleh tegak tapi kerana disandarkan pada sarung sundang itu dan juga sebab imbangannya tepat bukan pasal ada karamah atau pun ada kuasa.

Saya akan buat pendedahan demi pendedahan berani selepas ini sebab kita di jalan ALLAH kita tegakkan yang benar bukan tegakkan keris dan mengatakan keris itu power.........

Saya mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung tapi ini lah realiti...

Sabtu, 9 Oktober 2010

SAKA PENDAMPING DAN ALASAN NYA

Salam,

Selepas di paparkan mengenai kisah seorang yang ada pendamping....kita lihat sendiri betapa jin cuba menipu manusia.....akhirnya kalau tidak dirawat insyaALLAH akan turun sebagai saka....dan isteri mula di ganggu oleh makhluk bersifat syaitan ini......

Selalu lah kita berfikir kebenaran dan penipuan....jangan lah kita terjerumus dalam lembah kehinaan. kekuatan yang ada pada kita tidak akan sampai kehujung nyawa....ada ketika kita menyerang ada ketika kita diserang.

Saka berpendapat mereka (jin) mempunyai hak mutlak keatas tubuh badan manusia sehingga boleh di perlakukan sesuka hati mereka sahaja. Tiada belas kasihan terhadap manusia dan kadang kadanga memberi alasan yang cukup cukup bleh mengelirukan kita sendiri. Antara alasannya.....

1. Aku tak boleh keluar kalau aku keluar dia akan mati.
2. Aku sayang kat dia aku akan jaga dia sampai bila bila.
3. Aku dah duduk lama kalau aku keluar mana aku nak duduk.
4. Kalau dah keluar nanti kat rumah aku masuk lagi.
5. Dia baik aku sayang kat dia aku kena jaga dia.
6. Atuk dia dulu suruh aku jaga keturunan dia
7. Atuk dia dulu dah pesan datang kat keturunan ketiga
8. Aku tak diberi makan sewaktu aku menjaga dia
9. Aku di utuskan ALLAH untuk menjaga dia
10. Aku membantu manusia untuk sembuh
11. Kau tiada hak untuk halau aku kerana ALLAH izinkan aku duduk sini sebab itu aku mampu duduk.
12. Tolong lah aku kerana aku selalu tolong manusia
13. Aku tak nampak jalan keluar
14. Aku tak boleh keluar.


bermacam macam alasan lagi renung renungkanlah

Jumaat, 8 Oktober 2010

PUNTIANAK DI PUSAT RAWATAN KISWAH BANDAR PUTERI KLANG

ssalamualaikum,

Saya harap dapat baca sehingga habis. Pada mereka yang lemah semngat di nasihatkan berteman kerana pendedahan ini amat menakutkan. Gambar ini di rakam tanpa editing software terus dari kamera......Pada yang takut sila lah panggil kawan kawan dan bacalah sehingga habis

Sedang saya duduk di pusat Rawatan Klang Saya menyuruh Ustaz Hasan mengambil gambar saya untuk di jadikan kenang kenangan...

Malam ini sungguh sunyi dan tiada pesakit yang datang mungkin ada open house malam terakhir raya. Jadi Saya Dan Ustaz hasan mengambil keputusan untuk mengemas pusat rawatan dan mengambil sedikit gambar untuk di jadikan profile.

Tetapi malam ini sunggu lain sekali ......terasa seperti ada hembusan di telinga saya dan U.Hasan juga menyatakan perkara yang sama......Lalu saya katakan padanya lepas ambil gambar ini kita keluar lah minum sekejap.

Tetapi kejadian aneh berlaku ketika U.Hasan mengambil gambar ini saya terasa seperti di renung oleh mata yang merah dan amat seram sekali....entah lah tak pernah pula saya rasa seram sebegini........

saya pun tiada lah apa yang hendak saya takutkan cuma kedengaran suara salakan anjing yang berkeliaran tapi biasanya kami tidak pula mendengar lolongan anjin yang panjang seperti didalam filem seram ....

di dapur pula kedengaran suara pingan berlaga.....hmmm apa ini?.......

Saya mengambil keputusan untuk memproses gambar dahulu sebelum minum tetapi memeranjatkan kerana di dalam gambar itu ada gambar lembaga lain.....ASTAGA.........LIHAT LAH SENDIRI wahai warga forum

 Reduced: 64% of original size [ 800 x 535 ] - Click to view full image


Adakah ini hantu Di pusat rawatan Kiswah Klang? ........MasyaALLAH......

Sebenarnya ini ialah teknik shooting kamera yang boleh di buat oleh sesiapa sahaja. Camera handphone yang selalunya tidak mempunyai kepantasan shutter boleh merakamkam bayang bayang...begitu juga pengunaan flash pada benda didalam botol kaca..reflection. Saya tidak mengedit gambar ini langsung...cuma menggunakan teknik merakam gambar sahaja...tiada editing kecuali di kecilkan gambar ini...harap maklum

Jadi jangan lah mudah percaya dengan apa yang di lihat...dan cuba cari puncanya dahulu.

Nantikan pendedahan kami dari semasa ke semasa jangan di tipu.........dan awas jangan menipu....kami akan dedahkan perkara penipuan......... Kesian pada semua pesakit yang mengharapkan kesembuhan tapi di tipu...

zailan wal hasan...bandar puteri klang melapurkan

Sambungan kisah video rawatan

Salam pada awalnya yang sakit ialah isteri kepada saudara kita itu, sering melihat kelibat hitam di mukanya, dan lembaga hitam ini amat besar dan berbulu. Sang isteri selalu terasa kakinya di tarik tarik tersentak sentak sewaktu tidur.

Lalu beliau cuba mendapatkan rawatan untuk peristiwa yang di alaminya dan akhirnya berjumpa dgn U.Hasan di bandar puteri klang. Setelah di bacakana ruqyah pada sang isteri itu tiada apa apa kesan cuma ada perasaan takut yang timbul namun U.Hasan menyuruh pesakit memasang CD Ruqyah di rumah dan di perdengarkan di dalam rumahnya sendiri. Sewaktu meruqyah pesakit suami dan isteri U.Hasan mendapati bahawa sang suami mempunyai gangguan yang agak kronik tapi di biarkan sahaja agar dapat di ulang rawatan itu........U.Hasan tidak memberitahu kepada pesakit bahawa mereka itu diganggu.

Setibanya di rumah CD itu pun di pasang..........apa yang terjadi di rumah?nanti saya sambung yer
Mendengar saja CD itu di rumah sang suami terus bergerak dan bersilat...sehingga isterinya ketakutan dan membuat panggilan kepada saya...dan dari situ bermula lah kisah rawatan saudara ini

Khamis, 7 Oktober 2010

JIN PENDAMPING AKIBAT ILMU KEBATINAN

Salam Seorang pesakit datang dan kemudiannya di rawat......Dengan izin ALLAH gangguan pesakit ini terus berkata kata dan kita lihat betapa teruknya jin itu menipu......

video
Maka ingatlah akan segala sesuatu itu ialah dengan kehendak ALLAH SWT.........tiada dayanya bagi kami ....
Saya tidak menerangkan lagi bagaimana pesakit ini boleh datang ke pusat rawatan.....? Macam mana seorang yang telah di ajar dgn ajaran salah boleh datang ke pusat rawatan dgn tiba tiba...sedangkan sebelum ini beliau tidak sakit. Mempunyai kekuatan yang luar biasa? tiada tanda tanda gangguan?... macam mana yer dia boleh datang? apa yang membuat dia datang?............ 

SIHIR

Assalamualaikum,

Dalam kepenatan meniti kehidupan seharian sebagai seorang kuli yang bekerja mencari rezeki dan juga pada sebelah malamnya bertugas pula menjaga pusat Rawatan Islam KISWAH di Bandar Puteri Klang keletihan memang tidak dapat di sangkal lagi. Tapi demi membantu masyarakat untuk mengeluarkan diri dari anasir khurafat maka di buat lah juga pekerjaan ini dgn sebaik baik mungkin bagi membantu mereka mereka yang memerlukan.

Pada sebelah malam di pusat Rawatan Islam Kiswah ini akan kedengaran suara Ustaz Hasan mengalunkan al-Quran bagi tujuan ikhtiar penyembuhan, membaca al-Quran bagi di perdengarkan secara terapi pada pesakit tanpa rasa jemu dan letih. Hati terasa syahdu melihat pesakit yang meletak seribu pengharapan pada perawat Islam. Tapi apakan daya kami...kami bukan lah penentu kesembuhan malahan ALLAH SWT juga lah yang menyembuhkan apa jua jenis penderitaan pesakit. Kami hanyalah Hamba ALLAH yang cuma menjalankan tugas kami sebaik yang mungkin. Dan yang paling penting kami tidak menipu dalam sebarang bentuk bila merawat pesakit doakanlah kejujuran ini bersama kami, kami perlukan doa dari semua saudara kami. Agar hati kami tidak menjadi bongkak dan takbur bila merawat pesakit yang kami sayangi.

DiSihir, DiSantau, berdamping dengan jin, memakai susuk, mengamalkan amalan yang tidak tahu hujung pangkal ...sakit yang tidak diketahu punca malahan sakit fizikal yang biasa sekali pun maka ubatnya ialah pada ALLAH SWT dan ikhtiarnya tetap dengan Istiqamah dengan rawatan Islam yang benar....

Ya ALLAH KASIHANILAH KAMI DAN JUGA PENGUNJUNG KAMI BERIKANLAH MEREKA KESEMBUHAN SEPERTIMANA MEREKA PERNAH SIHAT DAHULU AGAR MEREKA BOLEH BERIBADAT KEPADA MU SEBAGAI HAMBA HAMBA MU YANG SOLLEH.DAN SOLLEHAH...AL FATIHAH  AMIN

SAKA.......PENDAMPING......JIN ASYIK

Apakah tanda tanda di atas yang boleh di kaitkan dengan saka?..... mari kita tengok pula.

Seperti yang kita tahu bahawa terdapat tiga jenis jin yang di beritakan....

1. Dari jenis yang boleh terbang tidak makan dan tidak minum
2. Dari jenis binatang berbisa dan buas khususnya yang berwarna hitam
3. Dari jenis yang berpindah randah.......>>>> ini yang di gelar saka.

Jadi mana di antara tanda tanda di atas yang di kaitkan dgn SAKA?

Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
Badan terasa berat dan malas.
Sukar mendapat jodoh.
Badan terasa bisa-bisa.
Sakit ketika ziarah orang meninggal.
Sukar tidur malam.
Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
Bermimpi di tempat tinggi.
Bermimpi di tempat yang kotor.
Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
Bayi kerap menangis.
Bunyi guli jatuh diatas syiling.
Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
Malas beribadat.
Nyanyuk ketika usia lanjut.
Panas baran.
Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
Suka melakukan tabiat buruk.
Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
Kerap keguguran.
Mengantuk bila dengar al-quran.
Bermimpi seram yang menakutkan.
Selalu ditindih ketika tidur.
Kuat berangan.
Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
Nafsu seksual yang melampau.
Selalu melihat kelibat dirumah.
Terasa diri selalu diperhatikan.
Mandul.
Kerap mendengar sesuatu bisikan.
Melihat jin secara terus.
Sakit mental atau gila.


Dalam kita meniti kehidupan seharian kita ceria tetapi tiba satu hari kita merasa berdebar debar tidak dapat di sangkal dan kita cuba nak beribadat tapi dengan amat payah sekali. Rasa malas, mengantuk, lemah dan sebagainya. Tetapi dengan tiba tiba kita juga merasa marah dan terasa mempunyai kekuatan luarbiasa bila membuat pekerjaan. Rasa panas tidak selesa bila mendengar azan atau secara tiba tiba suka pula beribadat tanpa henti dan mula menegur orang keliling yang tidak beribadat dengan cara yang amat kasar.

kerap bermimpi kanak kanak kecil, mimpi mengandung, dan tiba tiba baby itu menjadi besar selepas mimpi yang kedua dan ketiga.....dari mula baby kecil kita sayang pada baby itu menyusukannya dan menjadi besar didalam mimpi sehingga badan mereka ditumbuhi bulu bulu hitam kasar sepert mawas.

Kerap juga terdengar bisikan yang mengataka "tak der orang suka kat engkau" "engkau ini hidup menyusahkan sahaja" ALLAH tak kan bantu orang macam engkau" "kau mintaklah tok yang selalu datang mimpi kau itu agar membantu engkau" dan sudah boleh meramal nasib, benda hilang dan punca penyakit secara tiba tiba . Atau kanak kanak yang tidak baligh tiba tiba boleh mengubatkan penyakit...maka berhati hatilah.

Selalunya pesakit yang datang akan mengadu kerap pening kepala tidak kira waktu dan merasa tidak tenteram dan perkara ini berlaku sejurus selepas angota keluarganya sakit atau pun meninggal dunia (bukan menuduh tetapi kebiasannya) contoh " saya mula rasa macam ni bila bapak tiri saya sakit tenat" dan tiba tiba saya boleh nampak benda benda yang pelik" .....contoh yer....jangan takwil rawat sahaja.

Kepada mereka yang baru mengenali dunia makhluk halus ini kita kena ingat saka boleh berpindah randah tidak mengenal sesiapa jua.......DAN BUKAN TERHAD KEPADA SAUDARA MARA YANG MEMPUNYAI TALIAN DARAH.....Malah satu seminar bersama DR JAHID SIDEK...beliau mengatakan bagaimana saka boleh hinggap pada jiran jiran dengan hanya memberikan hadiah.....bila kita terima hadiah itu maka saka jiran itu berpindah kepada kita....Dan ada juga kisah bagaimana pelaris yang di gunakan (jin) kisah sepasang suami isteri yang membeli tikar di Sawarak bila tiba di rumah di dapati mereka kerap bergaduh dan rumahtangga menjadi panas....rupa rupanya mereka membeli tikar sekali package dgn jin saka pelaris.......

Rabu, 29 September 2010

KAITAN TANDA TANDA GANGGUAN, ANTARA SIHIR DAN GANGGUAN

Assalamualaikum,

Setelah kita mendapatkan tanda tanda seperti di bawah ini apa pula kaitan yang boleh di kaitkan dgn tanda tanda ini?

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.



Seperti selalu yang di alami oleh pesakit dan penderita gangguan kita boleh lihat perkara yang sama berulang ulang di dalam kehidupan mereka...seperti sakit kepala yang berpanjangan tetapi tidak di ketahu punca fizikal kenapa sakit itu berlaku.

SANTAU.

Santau merupakan satu kaedah sihir yang di hantar kepada pesakit tidak kira cara Racun, kotor, tajam dan sebagainya.

Santau Racun.

Santau Racun merupakan kaedah meracun mangsa dengan tujuan untuk membunuh mangsa dengan cepat. Penderita biasanya akan terkena santau ini dan menunjukkan simptom atau tanda tanda seperti di bawah ini.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala
2) Badan terasa bisa-bisa.
3) Sukar tidur malam.
4) Sakit pinggang tanpa sebab.
5) Sakit dada
6) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
7) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
8) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
9) Panas baran.
10) Sikap berubah secara mendadak.
11) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
12) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
13) Mengantuk bila dengar al-quran.
14) Bermimpi seram yang menakutkan.
15) Batuk yang berpanjangan.
16) Selalu melihat kelibat dirumah.
17) Terasa diri selalu diperhatikan.
18) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
19 Melihat jin secara terus.
20) Sakit mental atau gila.


Tambahan kepada perkara di atas pesakit/mangsa juga akan merasa panas terutamanya di bahagian dada dan tekak. Dan bermimpi di tikam atau di gigit binatang buas dan juga berbisa. Hilang selera makan yang mendadak dan suhu badan menjadi seperti orang yang di serang demam panas.Dan ada juga yang mengeluarkan darah ketika batuk Ada kalanya pesakit juga akan mendapati bahawa mata mereka menjadi merah menyala disebabkan oleh racun santau itu telah mencecah tahap yang bahaya. Apabila kerap bermimpi di tikam dan di gigit oleh binatang buas maka adalah satu tanda tanda yang merujuk bahawa santau itu sudah mengena pada mangsa.


Santau KOTOR,NAJIS.

Sebagai tambahan kepada perkara di atas santau ini pula menggunakan benda tajam di campur campurkan pula dengan najis dan benda benda kotor sebagai medium untuk mengenakannya pada mangsa. Apabila pesakit/mangsa terkena santau ini maka banyak perkara juga akan berlaku selain dari tanda di atas maka pesakit kali ini di tambah pula dgn simptom seperti ini

1) badan berpeluh tidak kira pada suhu apa sekalipun
2) bau peluh yang sungguh busuk.
3) air kencing menjadi keruh teruk
4) kerap berkahak tanpa kahak
5) Keguguran rambut (boleh terjadi juga pada santau lain)

Pesakit / mangsa jenius dari santau ini biasanya akan kehilangan rasa keyakinan diri. Tujuan di buat santau ini juga ialah untuk membunuh pesakit tetapi dalam keadaan yang menyiksa jiwa dan fizikal pesakit. Sekiranya mereka terlah berkahwin maka suami isteri tidak akan mampu bersama kerana keadaan pesakit yang agak busuk malah akan meninggalkan pesakit. bermipi najis, sampah sarap, di gigit ular,ditikam dan sebagainya merujuk kepada santau santau jenis ini. (namun perlu di ingatkan bahawa tidak semua simptom itu sama pada setiap orang)

SANTAU ANGIN.

Santau angin selalunya di buat oleh bomoh,pawang yang menghantar racun santau menggunakan angin sebagai medium (katanya angin) tapi kita sebagai orang Islam WAJIB faham bahawa angin yang di maksudkan itu ialah?????? JIN, WA SYAITAN LAKNATULLLAH.

Simptom nya ada di sebutkan diatas tetapi perlu ingat.........santau angin selalunya tersasar dan selalu juga kita dengar tersalah santau nak buat bapak kena pada anak dan sebagainya.........AWAS!!!!...

bermimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi di kejar dalam angin yang kencang selalunya merujuk kepada perkara ini........


SEMUA TANDA TANDA INI   BERBEZA BEZA PERAWAT TIDAK BOLEH TAKWIL ATAU BERKATA.......AWAK KENA SANTAU KERANA PESAKIT AKAN MULA MENEKA NEKA....KALAU PERAWAT TAKWIL MAKA PERAWAT TANGGUN KALAU FITNAH BERLAKU DAN KALAU PUTUS PERTALIAN SAUDARA KERANA KITA MEMBUAT TAKWIL ITU (CONTOH MAK BERGADUH DGN MENANTU) DAN KELUARGA ITU BERCERAI BERAI KERANA/AKIBAT TAKWIL ITU......MAKA PERAWAT SILA LAH JAWAB DI HARI AKHIRAT KELAK!!!! AMARAN KERAS PADA SEMUA PERAWAT ISLAM!!!! JANGAN TAKWIL RAWAT SAHAJA KERANA ALLAH JUA YANG MENYEMBUH SAMADA KITA TAKWIL ATAU TIDAK!!!!...............

Selasa, 28 September 2010

TANDA TANDA SIHIR DAN GANGGUAN JIN MAKHLUK HALUS

Assalamualaikum,

Mungkin ramai yang sudah tahu namun untuk memudahkan lagi kita semak kembali tanda tanda ini pada tuan tuan dan puan puan. Sila lah periksa mana lah tahu ada tanda tanda berikut pada diri kita. Tanda tanda gangguan sihir, makhluk halus, jin, syaitan ini tidak semestinya menunjukkan kita ada gangguan tetapi tidak ada salahnya  sekiranya kita bertemu perawat Islam untuk melihat dan memeriksa keadaan kita mudah mudahan akan memberi manafaat insyaALLAH

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Isnin, 27 September 2010

Jadual Rawatan Baru Pusat Rawatan KISWAH Klang

Bersama Menyemarakkan Semangat Cintakan Al Quran dan Memasyarakatkan Perubatan Al Quran!
 Assalamualaikum,

Di sini saya membuat sedikit pengumuman mengenai jadual baru Rawatan KISWAH RUQYAH SYARIYYAH di Klang.

Alamat : No 63a Lorong Sanggul 1D 41200 Bandar Puteri Klang

Waktu Operasi : Setiap Hari dari jam 10.00pagi Hingga 10.00 Malam kecuali Hari Khamis Malam Jumaat.

Perawat : Ustaz Hasan 013 465 1866
: Zailan 018 202 7559


Kami tidak berpindah tempat ke mana mana seperti yang di sangkakan oleh ramai pihak malahan masih tetap di Bandar Puteri Klang.

Sebarang urusan silalah berhubung dengan kami insyaALLAH

Sekian Terima Kasih

ADMIN FORUM RUQYAH SYARIYYAH

Pusat Rawatan Bandar Puteri Tidak Berpindah Ke PJ

Rawatan Ruqyah masih beroperasi di Pusat Rawatan Bandar Puteri Klang oleh Saudara Zailan dan Us Hasan Naqshbandi.
 Assalamuaikum semua...

Di sini ada satu pemberitahuan khas kepada pesakit2 kami yang menerima rawatan di Pusat Rawatan KISWAH Klang sebelum ini....

Dimaklumkan bahawa anda boleh mendapatkan rawatan susulan di PR kami di Bandar Puteri seperti sebelum ini.

Pusat Rawatan kami tidak berpindah ke Taman Dato Harun Petaling Jaya seperti yang disalahfahamkan oleh ramai pesakit sebelum ini....

Rawatan masih beroperasi di tempat biasa tetapi kali ini dengan perawat baru iaitu al Fadhil Us Hasan Mohd Rashid dan perawat lama Saudara Zailan.

Kepada semua pesakit sekitar lembah Klang dan Selangor anda boleh mendapatkan rawatan gangguan makhluk halus, bekam dan resdung dengan menghubungi talian di bawah.

Bayaran rawatan sihir yang dikenakan di PR Klang adalah seikhlas hati.

Maklumat PR KISWAH Klang:

Pusat Rawatan KISWAH Ruqyah Syariyyah:
No 63a, Lorong Sanggul 1D, Bandar Puteri, Klang, Selangor.

Perawat:
Ustaz Hasan Naqshbandi: 013 4651866 /
Saudara Zailan Ibrahim: 018 2027559

Satu Permulaan


Satu permulaan...

Alhamdulillah.. dengan rasminya blog KISWAH Klang bermula pada hari ini... Semoga mendapat keredhaan Allah....