Jumaat, 8 Oktober 2010

PUNTIANAK DI PUSAT RAWATAN KISWAH BANDAR PUTERI KLANG

ssalamualaikum,

Saya harap dapat baca sehingga habis. Pada mereka yang lemah semngat di nasihatkan berteman kerana pendedahan ini amat menakutkan. Gambar ini di rakam tanpa editing software terus dari kamera......Pada yang takut sila lah panggil kawan kawan dan bacalah sehingga habis

Sedang saya duduk di pusat Rawatan Klang Saya menyuruh Ustaz Hasan mengambil gambar saya untuk di jadikan kenang kenangan...

Malam ini sungguh sunyi dan tiada pesakit yang datang mungkin ada open house malam terakhir raya. Jadi Saya Dan Ustaz hasan mengambil keputusan untuk mengemas pusat rawatan dan mengambil sedikit gambar untuk di jadikan profile.

Tetapi malam ini sunggu lain sekali ......terasa seperti ada hembusan di telinga saya dan U.Hasan juga menyatakan perkara yang sama......Lalu saya katakan padanya lepas ambil gambar ini kita keluar lah minum sekejap.

Tetapi kejadian aneh berlaku ketika U.Hasan mengambil gambar ini saya terasa seperti di renung oleh mata yang merah dan amat seram sekali....entah lah tak pernah pula saya rasa seram sebegini........

saya pun tiada lah apa yang hendak saya takutkan cuma kedengaran suara salakan anjing yang berkeliaran tapi biasanya kami tidak pula mendengar lolongan anjin yang panjang seperti didalam filem seram ....

di dapur pula kedengaran suara pingan berlaga.....hmmm apa ini?.......

Saya mengambil keputusan untuk memproses gambar dahulu sebelum minum tetapi memeranjatkan kerana di dalam gambar itu ada gambar lembaga lain.....ASTAGA.........LIHAT LAH SENDIRI wahai warga forum

 Reduced: 64% of original size [ 800 x 535 ] - Click to view full image


Adakah ini hantu Di pusat rawatan Kiswah Klang? ........MasyaALLAH......

Sebenarnya ini ialah teknik shooting kamera yang boleh di buat oleh sesiapa sahaja. Camera handphone yang selalunya tidak mempunyai kepantasan shutter boleh merakamkam bayang bayang...begitu juga pengunaan flash pada benda didalam botol kaca..reflection. Saya tidak mengedit gambar ini langsung...cuma menggunakan teknik merakam gambar sahaja...tiada editing kecuali di kecilkan gambar ini...harap maklum

Jadi jangan lah mudah percaya dengan apa yang di lihat...dan cuba cari puncanya dahulu.

Nantikan pendedahan kami dari semasa ke semasa jangan di tipu.........dan awas jangan menipu....kami akan dedahkan perkara penipuan......... Kesian pada semua pesakit yang mengharapkan kesembuhan tapi di tipu...

zailan wal hasan...bandar puteri klang melapurkan

1 ulasan:

  1. Gambar ini hanyalah sebagai pendedahan kepada teknik merakam gambar untuk memperlihatkan hantu....semua ini di buat menggukan teknik merakam gambar itu sahaja.....lembaga ini ialah manusia yang di pakaikan kain putih

    BalasPadam