Rabu, 13 Oktober 2010

JIN ASYIK JIN PENDAMPING JIN SIHIR JIN SAKA,

Assalamualaikum,

Semalam saya terima panggilan dari sahabat baik saya dari

jauh. Bertanyakan satu perkara yang saya rasa wajib saya

kongsikan disini.

JIN ASYIK!!!!!

Ramai di kalangan pesakit ialah wanita.......ini tidak boleh di

nafikan kalau dari 100 yang datang 90 dari mereka ialah

wanita dengan bermacam macam gangguan yang mereka alami

Semuga mereka cepat sembuh.

Salah satu gangguan yang agak degil ialah jin asyik yakni jin

yang jatuh cinta pada manusia yang suka menyakiti manusia

dan menganggu keharmonian rumah tangga. Sedikit kisah ........

Pada awal perkahwinan kedua dua pasangan ini amat bahgia

dan ceria keluarga yang di idamkan menjadi kenyataan di

kurniakan pula hadiah besar dari ALLAH SWT yakni cahaya

mata......ALHAMDULILLAH Syukur. Sepanjang panjang

perkahwinan tiada apa pun masalah pada pasangan ini

malahan semua berjalan lancar. Sang Suami yang amat

pengasih dan penyayang sang isteri yang juga taat pada

suruhan ALLAH SWT dan selalu rajin beramal.

Farid (bukan nama sebenar) bekerja sebagai seorang ahli

perniagaan yang berjaya tetapi baru baru ini terpaksa bekerja

di luar kerana pembesaran perniagaannya. Setiap bulan ada

saja tempat yang terpaksa di kungjungi selama seminggu lebih

demi mencari rezeki walaupun terpaksa meninggalkan Faridah

(bukan nama sebenar) dan anaknya Firdaus (bukan nama

sebenar) yang baru berusia 4 tahun dan Farisha (bukan nama

sebenar) berusia 2 tahun . Sebagai seorang ibu dan surirumah

tangga Faridah sentiasa berusaha untuk mencantikan rumah

dan menjaga anaknya dengan sebaik baik cara. Kereta mewah

besar, rumah besar segalanya di kurniakan ALLAH pada mereka

malah kebahagian rumahtangga mereka amat cemerlang sekali.

Farid pula semakin berjaya dalam perniagaannya tidak

melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang

ayah berusaha bersama keluarganya walaupun keletihan

selepas urusan perniagaannya. Setelah perkahwinan berusia 6

tahun Faridah jatuh sakit dan sering pening kepala dan sukar

tidur lalu dia pun berkunjung ke klinik untuk mendapatkan

rawatan. Doktor memberitahu bahawa Faridah tidak

mempunyai apa apa masalah kecuali mungkin dia merasa

tertekan dengan kerja rumah dan sebagainya. Faridah pun

pulan tanpa merasa apa apa yang perlu dikhuatirkan, perkara

ini di sampaikan pada suaminya dan suaminya pun

menasihatkannya supaya berehat lebih dan akan mengambil

cuti untuk berehat.

Tetapi masalah Faridah tidak berhenti di situ, sakit kepalanya

menjadi jadi sejak kebelakangan ini, perasaan berdebar debar

sering kali melanda, sukar melelapkan mata, terasa letih bila

mahu bangun tidur, bahu terasa sakit, pinggang terasa sakit

dan lututnya juga merasa seperti lenguh yang amat sangat.

Tetapi Faridah tidak mengendahkan sakit itu dan terus sahaja

seperti rutin biasa sehinggalah tiba satu hari.....
BERSAMBUNG
Pada petang Faridah sedang menanti masuknya waktu maghrib (Farid seperti biasa telah keluar atas urusan perniagaan) Faridah terasa amat resah dan debaran menjadi amat kencang .Dadanya mula terasa sesak seolah olah diserang lelah. Namun Faridah mengagahkan dirinya untuk berwuduk agar dapat menunaikan solat dengan segera. Dalam perjalanan Faridah menuju ke bilik air dia terasa seperti ada bayang yang melintas di belakangnya bayangan hitam yang amat laju. Faridah mengerling ke belakangan namun tiada apa yang kelihatan. Dan sebaik saja perkara itu berlaku terus debaran jantungnya menjadi normal dan keresahannya hilang ALHAMDULILLAH..terus Faridah berwuduk dan menunaikan solat Maghrib. Selepas solat dia mula membaca sedikit ayat al-Quran tetapi waktu dia mahu membaca al-Quran itu kepalanya terasa bagai di tolak pada ketika ini Faridah merasa amat takut terus bangkit dan menuju ke arah anak anak nya.

Pada waktu malam selepas menidurkan anak anaknya faridah pun berehat sambil menonton TV sedang dia menonton itu tiba tiba terdengar seperti telingannya di jentik dan perasaan seramnya tiba tiba datang kembali, dadanya berdebar kencang dan bahunya mula terasa berat..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan