Salam pada awalnya yang sakit ialah isteri kepada saudara kita itu, sering melihat kelibat hitam di mukanya, dan lembaga hitam ini amat besar dan berbulu. Sang isteri selalu terasa kakinya di tarik tarik tersentak sentak sewaktu tidur.
Lalu beliau cuba mendapatkan rawatan untuk peristiwa yang di alaminya dan akhirnya berjumpa dgn U.Hasan di bandar puteri klang. Setelah di bacakana ruqyah pada sang isteri itu tiada apa apa kesan cuma ada perasaan takut yang timbul namun U.Hasan menyuruh pesakit memasang CD Ruqyah di rumah dan di perdengarkan di dalam rumahnya sendiri. Sewaktu meruqyah pesakit suami dan isteri U.Hasan mendapati bahawa sang suami mempunyai gangguan yang agak kronik tapi di biarkan sahaja agar dapat di ulang rawatan itu........U.Hasan tidak memberitahu kepada pesakit bahawa mereka itu diganggu.
Setibanya di rumah CD itu pun di pasang..........apa yang terjadi di rumah?nanti saya sambung yer
Mendengar saja CD itu di rumah sang suami terus bergerak dan bersilat...sehingga isterinya ketakutan dan membuat panggilan kepada saya...dan dari situ bermula lah kisah rawatan saudara ini
Saya pun menyuruh agar di hentikan dulu CD itu dan pesakit di suruh berwuduk dan disedarkan dahulu. Pesakit pun berwuduk dan mulai tenang. Pada waktu malam pesakit pun datang ke pusat rawatan untuk dirawat. Sebelum rawatan pertanyaan di tanya......kami tidak menelek tapi kami bertanya pada pesakit sebab kami pun tak tahu sakit apa ....... saudara kita pun mula lah bercerita tentang ilmu silat kebatinan yang dipelajarinya......saya tidak akan mendedahkan nama silat itu kerana bimbang akan menimbulkan reaksi kemarahan.....Silat itu sendirinya ialah satu seni bela diri yang amat baik dan bagus sekali......tetapi elemen lain di masukkan kedalam silat itu dan di gelar kebatinan menyebabkan berlakunya perkara yang tidak sepatutnya.
BalasPadamSaudara kita ini pernah bertapa dan membaca al-Quran sebagai amalan untuk mendapatkan kelebihan dunia dan boleh bersilat dalam masa sehari bila mendapat ijazah silat kebatinan ini. Kekuatan yang luarbiasa boleh nampak macam macam kelibat tetapi di kekang oleh perasaan marah yang tidak tentu.
Bila ditanya dari mana dapat dia kata dari indonesia dan dari siapa dapat dia kata ........ silat ini akan menjadikannya gagah.....
Akhirnya U.Hasan Meruqyah pesakit ini di bantu oleh Pak usu.....waktu itu saya belum sampai lagi....dan terjadilah persilatan......dari baring terus duduk membuka kuda kuda rendah dan bunga silat yang di tontonkan amat menarik sekali.....