Sabtu, 9 Oktober 2010

SAKA PENDAMPING DAN ALASAN NYA

Salam,

Selepas di paparkan mengenai kisah seorang yang ada pendamping....kita lihat sendiri betapa jin cuba menipu manusia.....akhirnya kalau tidak dirawat insyaALLAH akan turun sebagai saka....dan isteri mula di ganggu oleh makhluk bersifat syaitan ini......

Selalu lah kita berfikir kebenaran dan penipuan....jangan lah kita terjerumus dalam lembah kehinaan. kekuatan yang ada pada kita tidak akan sampai kehujung nyawa....ada ketika kita menyerang ada ketika kita diserang.

Saka berpendapat mereka (jin) mempunyai hak mutlak keatas tubuh badan manusia sehingga boleh di perlakukan sesuka hati mereka sahaja. Tiada belas kasihan terhadap manusia dan kadang kadanga memberi alasan yang cukup cukup bleh mengelirukan kita sendiri. Antara alasannya.....

1. Aku tak boleh keluar kalau aku keluar dia akan mati.
2. Aku sayang kat dia aku akan jaga dia sampai bila bila.
3. Aku dah duduk lama kalau aku keluar mana aku nak duduk.
4. Kalau dah keluar nanti kat rumah aku masuk lagi.
5. Dia baik aku sayang kat dia aku kena jaga dia.
6. Atuk dia dulu suruh aku jaga keturunan dia
7. Atuk dia dulu dah pesan datang kat keturunan ketiga
8. Aku tak diberi makan sewaktu aku menjaga dia
9. Aku di utuskan ALLAH untuk menjaga dia
10. Aku membantu manusia untuk sembuh
11. Kau tiada hak untuk halau aku kerana ALLAH izinkan aku duduk sini sebab itu aku mampu duduk.
12. Tolong lah aku kerana aku selalu tolong manusia
13. Aku tak nampak jalan keluar
14. Aku tak boleh keluar.


bermacam macam alasan lagi renung renungkanlah

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Selepas bertemu dengan ramai perawat/bomoh/pawang/imam dan sebagainya pesakit biasanya akan di diagnose oleh mereka ini..awak kena sihir dan lebih memburukan keadaan perawat itu mula mengatakan atau membayangkan orang yang menyihir...

    1."orang nya pun bukan orang lain orang itu baik dengan awak"
    2. alah bukan orang lain yang buat ni sedara jugak
    3. Orang tu hitam manis, pakai cermin mata tinggi sikit.
    4. Badan dia kecik sahaja cuba ingat betul betul....
    5. dia dah kasi awak makan benda kotor
    6. Sihir dia dari orang asli
    7. Dia sihir awak nak bagi awak mati.
    8. Sihir ini dari siam
    9. Sihir ini tak boleh di rawat main main bukan calang orang yang boleh ubatkan
    10. dia hantar sihir awak ulang ulang kalau saya tak ubat betul betul saya akan diserang.

    Maka pesakit pun pulang lah dengan hati gundah gulana mengenangkan mereka telah disihir oleh orang yang rapat dengan mereka menyebabkan perasaan sangka buruk timbul dan malangnya kadang kala melibatkan keluarga mertua dan akhirnya pecah belah sehingg ada yang bercerai berai.......

    Fikir fikirkanlah

    BalasPadam