Khamis, 7 Oktober 2010

SIHIR

Assalamualaikum,

Dalam kepenatan meniti kehidupan seharian sebagai seorang kuli yang bekerja mencari rezeki dan juga pada sebelah malamnya bertugas pula menjaga pusat Rawatan Islam KISWAH di Bandar Puteri Klang keletihan memang tidak dapat di sangkal lagi. Tapi demi membantu masyarakat untuk mengeluarkan diri dari anasir khurafat maka di buat lah juga pekerjaan ini dgn sebaik baik mungkin bagi membantu mereka mereka yang memerlukan.

Pada sebelah malam di pusat Rawatan Islam Kiswah ini akan kedengaran suara Ustaz Hasan mengalunkan al-Quran bagi tujuan ikhtiar penyembuhan, membaca al-Quran bagi di perdengarkan secara terapi pada pesakit tanpa rasa jemu dan letih. Hati terasa syahdu melihat pesakit yang meletak seribu pengharapan pada perawat Islam. Tapi apakan daya kami...kami bukan lah penentu kesembuhan malahan ALLAH SWT juga lah yang menyembuhkan apa jua jenis penderitaan pesakit. Kami hanyalah Hamba ALLAH yang cuma menjalankan tugas kami sebaik yang mungkin. Dan yang paling penting kami tidak menipu dalam sebarang bentuk bila merawat pesakit doakanlah kejujuran ini bersama kami, kami perlukan doa dari semua saudara kami. Agar hati kami tidak menjadi bongkak dan takbur bila merawat pesakit yang kami sayangi.

DiSihir, DiSantau, berdamping dengan jin, memakai susuk, mengamalkan amalan yang tidak tahu hujung pangkal ...sakit yang tidak diketahu punca malahan sakit fizikal yang biasa sekali pun maka ubatnya ialah pada ALLAH SWT dan ikhtiarnya tetap dengan Istiqamah dengan rawatan Islam yang benar....

Ya ALLAH KASIHANILAH KAMI DAN JUGA PENGUNJUNG KAMI BERIKANLAH MEREKA KESEMBUHAN SEPERTIMANA MEREKA PERNAH SIHAT DAHULU AGAR MEREKA BOLEH BERIBADAT KEPADA MU SEBAGAI HAMBA HAMBA MU YANG SOLLEH.DAN SOLLEHAH...AL FATIHAH  AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan