Khamis, 7 Oktober 2010

SAKA.......PENDAMPING......JIN ASYIK

Apakah tanda tanda di atas yang boleh di kaitkan dengan saka?..... mari kita tengok pula.

Seperti yang kita tahu bahawa terdapat tiga jenis jin yang di beritakan....

1. Dari jenis yang boleh terbang tidak makan dan tidak minum
2. Dari jenis binatang berbisa dan buas khususnya yang berwarna hitam
3. Dari jenis yang berpindah randah.......>>>> ini yang di gelar saka.

Jadi mana di antara tanda tanda di atas yang di kaitkan dgn SAKA?

Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
Badan terasa berat dan malas.
Sukar mendapat jodoh.
Badan terasa bisa-bisa.
Sakit ketika ziarah orang meninggal.
Sukar tidur malam.
Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
Bermimpi di tempat tinggi.
Bermimpi di tempat yang kotor.
Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
Bayi kerap menangis.
Bunyi guli jatuh diatas syiling.
Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
Malas beribadat.
Nyanyuk ketika usia lanjut.
Panas baran.
Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
Suka melakukan tabiat buruk.
Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
Kerap keguguran.
Mengantuk bila dengar al-quran.
Bermimpi seram yang menakutkan.
Selalu ditindih ketika tidur.
Kuat berangan.
Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
Nafsu seksual yang melampau.
Selalu melihat kelibat dirumah.
Terasa diri selalu diperhatikan.
Mandul.
Kerap mendengar sesuatu bisikan.
Melihat jin secara terus.
Sakit mental atau gila.


Dalam kita meniti kehidupan seharian kita ceria tetapi tiba satu hari kita merasa berdebar debar tidak dapat di sangkal dan kita cuba nak beribadat tapi dengan amat payah sekali. Rasa malas, mengantuk, lemah dan sebagainya. Tetapi dengan tiba tiba kita juga merasa marah dan terasa mempunyai kekuatan luarbiasa bila membuat pekerjaan. Rasa panas tidak selesa bila mendengar azan atau secara tiba tiba suka pula beribadat tanpa henti dan mula menegur orang keliling yang tidak beribadat dengan cara yang amat kasar.

kerap bermimpi kanak kanak kecil, mimpi mengandung, dan tiba tiba baby itu menjadi besar selepas mimpi yang kedua dan ketiga.....dari mula baby kecil kita sayang pada baby itu menyusukannya dan menjadi besar didalam mimpi sehingga badan mereka ditumbuhi bulu bulu hitam kasar sepert mawas.

Kerap juga terdengar bisikan yang mengataka "tak der orang suka kat engkau" "engkau ini hidup menyusahkan sahaja" ALLAH tak kan bantu orang macam engkau" "kau mintaklah tok yang selalu datang mimpi kau itu agar membantu engkau" dan sudah boleh meramal nasib, benda hilang dan punca penyakit secara tiba tiba . Atau kanak kanak yang tidak baligh tiba tiba boleh mengubatkan penyakit...maka berhati hatilah.

Selalunya pesakit yang datang akan mengadu kerap pening kepala tidak kira waktu dan merasa tidak tenteram dan perkara ini berlaku sejurus selepas angota keluarganya sakit atau pun meninggal dunia (bukan menuduh tetapi kebiasannya) contoh " saya mula rasa macam ni bila bapak tiri saya sakit tenat" dan tiba tiba saya boleh nampak benda benda yang pelik" .....contoh yer....jangan takwil rawat sahaja.

Kepada mereka yang baru mengenali dunia makhluk halus ini kita kena ingat saka boleh berpindah randah tidak mengenal sesiapa jua.......DAN BUKAN TERHAD KEPADA SAUDARA MARA YANG MEMPUNYAI TALIAN DARAH.....Malah satu seminar bersama DR JAHID SIDEK...beliau mengatakan bagaimana saka boleh hinggap pada jiran jiran dengan hanya memberikan hadiah.....bila kita terima hadiah itu maka saka jiran itu berpindah kepada kita....Dan ada juga kisah bagaimana pelaris yang di gunakan (jin) kisah sepasang suami isteri yang membeli tikar di Sawarak bila tiba di rumah di dapati mereka kerap bergaduh dan rumahtangga menjadi panas....rupa rupanya mereka membeli tikar sekali package dgn jin saka pelaris.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan