Selasa, 19 Oktober 2010

TELEK

Salam,

Susulan dari kisah seorang bakal pengantin yang hilang baru baru ini maka ramai lah yang membuat andaian...tapi yang sedihnya mereka menggunakan perkhidmatan bomoh yang menelek seperti nujum pak belalang.

Didapati ada juga yang mengelar diri mereka perawat islam yang mula memberitahu bahawa anak mereka sekarang ini sudah berada di tempat tempat entah di mana. Bila di tanya mereka mengatakan itu ialah ilham Dari ALLAH SWT. Dan perkataan itu di ikuti pula dengan "BIIZNILLAH"..... berhati hati lah dgn telekan dan renungan mereka kerana benar benar nampak Islamic tapi sebenarnya hanya satu helah untuk memperlihatkan kehebatan mereka.

Sekiranya itu ialah Iham dari ALLAH maka tak mungkin akan silap .......kerana ALLAH tak pernah berikan Ilham yang salah pada sesiapa pun.

Sila lihat petikan akhbar kosmo hari ini.



Berfikirlah kita dgn baik kerana perbuatan kita ini di tertawakan oleh syaitan dan orang orang kafir di luar sana. 7 bomoh di gunakan dan ada tiga di situ merupakan "perawat Islam" Yang menelek. (jangan tanya mana saya tahu perkara ini tapi yang pastinya saya tidak menelek) .

"INGAT BILA YANG HAK MENENTANG YANG BATHIL YANG HAK AKAN MENANG TAPI BILA BATHIL BERCAMPUR DGN YANG HAK YANG HAK AKAN KECUNDANG!!!"

Syeikh Hisham Kabbani berkata " if a kafir believe 100% about his religion then he is better. You cant challenge him if your faith to ALLAH is only 80%"

"Sekiranya orang kafir percaya 100% mengenai ugamanya adalah lebih baik dia dari kita sekiranya kita hanya mempercayai ALLAH sebanyak 80%"

renung renungkanlah ........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan